Apr 23, 2010

Luasnya Neraka!!!

Assalamualaikum. Selamat hujung minggu dan esok hari sabtu, kepada murid2 yang bersekolah jangan lupa pergi sekolah ok. Sapa tak mau pergi sekolah tak payah raya, hu3. Berbalik topik sebelum diriku ini merapu. Korang tahu tak berapa luasnya neraka?? mungkin ada yang sudah tahu, jom ingatkan lagi, mungkin ada yang tidak tahu, jom baca. Aku dapat info ni dekat Persatuan Islam Facebook.

1.Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2.Setiap peringkat mempunyai 70,000 Daerah

3.Setiap Daerah mempunyai 70,000 kampung

4.Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5.Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6.Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7.Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8.Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9.Didalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat

10.Juga dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Masyaallah, mudah-mudahan info ini dapat menjentik hati kita. Wallahua'lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan- keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Wsalam..

Apr 20, 2010

Kitar Semula Untuk Tunai

Contest from SINI
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Adakah syarikat anda bekerja, di rumah anda atau di organisasi mempunyai  komputer yang telah uzur,usang,nazak,rosak atau sewaktu dengannya? Perkakasan komputer yang telah rosak memakan ruang dipejabat anda? Menjadi sampah di rumah anda? Jika ada teruskan membaca.

Tahukah anda bahawa wujudnya khidmat pelupusan komputer? Selepas ini itu semua anda jangan penin kepala.Jangan bazirkan wang untuk sewa lori bagi pengangkutan.Jangan bazirkan masa dan tenaga untuk hantar kekedai buruk.

 Dan jangan jual kepada orang yang membeli surat khabar lama,ha3 macam aku,ada orang round2 sekitar taman aku,diorang[pembeli surat khabar lama,naik lori] ternampak tv aku yang buruk diletakkan diluar rumah.Diorang tanya tv tu nak jual ke takmau.Mak aku cakap kat aku,jual jela,lagipun tak leh pakai da.Kami pun cakap kat pembeli tu,jual dan tanya,berapa lu mau beli?? singgit...jawapan yang diberi..

Apa yang anda dapat?
1.Tidak perlu membayar duit sewa lori
2.Tidak perlu mengupah pekerja untuk memungah barangan tersebut
3.Dan yang paling penting mereka membayar tunai $$$

ok,jadi bagi sesiapa yang mempunyai komputer buruk yang tak leh pakai da...boleh hubungi mereka

H/P: 0166059088

atau terus ke blog

Apr 19, 2010

Contest Hangit By Arieza

Assalamualaikum.



''Hangat betoi aku,sapala curi spender dalam loker aku..dah la yang tu aku ada.Yang tu pon nak bantai,tekanan aku camni,nak pakai apa...''

ha3,gambar ini diambil time aku main2 camera ngan kawan2 aku kat Hostel tahun lepas.Saja snap gambaq kawan aku ni,dok ronda2 satu asrama bawak kayu tu,kes tak dak kerja.

dan entry ni untuk join contest yang dianjurkan oleh Arieza,kepada semua yang baca entry ni,jom ramai2 join contest dari Arieza.Contest Hangit By Arieza.Hanya perlu letakkan satu gambar yang menunjukkan someone/some people sedang terkejut beruk/dikenakan/dihangitkan.

Hadiah 2 yang ditawarkan ialah:
  • Hadiah pertama - T-Shirt bertulis/berlogo London/Oxford
  • Hadiah kedua - London Fridget Magnet & London Keychain
  • Referrer terlaris - London Keychain
  • Saguhati - Mungkin ada mungkin tak ada,bergantung kepada sambutan
  • Raja/Ratu vote - Untuk entry yang menang vote paling banyak. Tapi, masih dalam pertimbangan penganjur
Tarikh tamat penyertaan adalah pada 11.59 malam, 7 May 2010.Jadi kepada sapa2 diluar sana[amboih] kalau nak join contest ni boleh ke blog Arieza  dan aku dapat taw contest di dari tuan tanah sendiri time blogwalking pakai GB tadi.Wsalam..

Apr 18, 2010

Jom dapatkan T-Shirt Free!! (Terhad)


Assalamualaikum dan selamat pagi.Tajuk entry ini bukan wayang semata-mata,ha3 sapa nak T-Shirt Free?? Sapa tak mau barang free kan. Tapi aku tengok dalam katon shin chan dia kata barang percuma semua tak boleh pakai,kah3 abaikan.Tapi dah ada depan mata balun la,ha3 Aku bukan taw malu, kawan2 sua makanan aku bantai.

ok, NetQueen.com.my ade offer dekat first 100 register akan dapat T-Shirt free.Jadi, sapa nak T-shirt Free cepat join netQueen sementara stok masih ada! kejap,rasa lain macam jew...

Setelah 20 minit punggah/belek2 laman netQueen.
Alamak..yang join semua pompuan.Baju pompuan ka.. adoyai~ baju pompuan ka?


Aku tengok semat ja~ha3..biarjela..k, sapa yang dah register ada syaratnya nak dapat T-Shirt ni,Syarat yang mudah.

1.Daftar sebagai ahli netQueen
2.Masukkan blog ini ke bloglist korang.
3.Buat satu entry tentang netQueen
4.Letakkan gambar banner(yang kat atas tu) kat sidebar korang dan linkkan ke netQueen
5.Promotekan kepada 5 rakan blogger anda.

Aku promote kat :
1.Kakmira
2.Kakzaty
3.BroRazis
4.BroFitri
5.BroLeoPardus
dan korang yang bace entry ni,hu3

6. Tinggalkan komen dan di netQueen dengan menyatakan

''Saya telah laksanakan semua syarat yang diberikan dan saya adalah ahli netQueen''beserta alamat blog.

Siap,jadi sapa nak barang free ni boleh ke netQueen sekarang.Wsalam.

Apr 17, 2010

Jalan Menuju Syurga

Assalamualaikum.Semalam aku pergi Bukit Mertajam untuk ziarah arwah t0k sedara aku yang baru meninggal.Al-fatihah.Juga kepada Achik Spin yang meninggal akibat kemalangan.Tengok kat gengblogger.com punya belambak orang post pasai kemalangan Acik Spin.Ok,nak share skit benda kat bawah ni,semalam masa aku kat rumah arwah tok sedara aku,ada frame gambar tajuk dia kat bawah ni la.Aku pon snap gambar buat taktaw jew.Pastu salin balek kat sini.hu3

1. Tidak terpaut hati dengan dunia dan bersungguh-sungguh dengan urusan akhirat.

2. Memelihara diri daripada dosa sama ada besar atau kecil.

3. Bercakap hanya perkara yang berfaedah dan mengelak diri dari berkata yang sia-sia

3. Menjauhkan diri dari perkara haram dan syubbat sama ada sedikit ataupun banyak

4. Bersahabat dengan orang yang berakhlak baik

5. Merendah diri dan tidak takabur

6. Suka berkorban dan menderma

7. Kasih da sayang terhadap sesama makhluk cipataan Allah

8. Selalu ingat akan mati dan sentiasa bersedia untuk mati

9. Selalu mambantu dan menolong orang yang memerlukan pertolongan

Wsalam..

Apr 15, 2010

Akulah pelawat blog www.Razis.co.cc yang ke 8888

Assalamualaikum.takde ape nak cakap.aku adalah pelawat bertuah blog www.Razis.co.cc.hu3 dan ini buktinyer~



[klik pic untuk tumbersaran]

Alamdulillah,a great thxs to Allah..ho3..Wsalam..

update: dah dapat hadiah dyer..TQ bro razis kepada korang2.. bro razis ade buat lagi untuk pelawat yang ke 9999.hadiah nye rm 10 jugak.yang ke 11111 pon ade gak,hadiah lagi besh~ rm 50 dowh..hu3 korang leh ke blog dyer untuk maklumat selanjutnya..hu3 wsalam..

Apr 14, 2010

Just Award~


Assalamualaikum.Tadi baru jew bro Matt contack aku nak bagi adiah untuk contest yang telah kumenangi,hu3 tq bro :) ok,topik,tadi aku mendapat pesanan yang ditinggalkan oleh seseorang,beliau mengarahkan aku supaya mengambil award untuk blog aku.Interesting blog award.Ambik je letak kat blog sementara tengah rajin ni kan.Dulu da dapat award beautiful blogger.Beautiful la sangat,ha3 abaikan kisah dahulu kala.Kadang2 terdetik di dalam hatiku,bernilai kah award ni? hu3 Lepas dapat award ni kene pass kat 15 orang,adoyai~ ramainyer~ award kan ialah anugrah,patut 5 orang da cukup kot.Aku bagi kat blog2 yang betul2 interesting jew.ha3

Baiklah,perkara yang perlu dibuat selepas menerima award ni.

1.Ucap terima kasih dan letakkan link kepada orang yang memberi award ni.
Terima kasih banyak2 aku ucapkan kepada owner blog Hanya Hati Berbicara.Ikhlas ni,tq banyak2,hu3 semoga hidupmu diberkati Allah.

2.Pass kat 15 orang award ni.
~KakMira
~Wardatussofia
~Bro Matt
~Starsyeea
~Hans

3.Kasitahu sama 15 orang yang bertuah memiliki award ni bahawa mereka telah mendapat award ni
-dah inform

4.Nyatakan 7 perkara tentang dirimu
~ 9 daripada 10 orang kat skolah aku kata aku PoYo@Blurr
~16 tahun kurang 4 bulan
~Anak Sulong
~10 jari di tangan
~2 lubang hidung sahaja
~Suka mengadap Pc
~tak pernah bunuh orang

Ok,selesai.Sekian,wsalam..

Cabutan Bertuah Versi XDa Perasaan

Assalamualaikum.Entry yang simple sahaja untuk kali ni.aku nak join cabutan bertuah yang dianjurkan oleh Blog ::.tAk adE perasaaN::. [tajuk blog dia ok] Saje join,boring2 tadi jengok2 gengblogger.com tengok bahagian kontest terjumpak entry ni.Hadiah tak dinyatakan pun.Waallahualam...hu3 sapa nak join bende ni leh terus ke blog beliau.Syarat2 tuk join cabutan bertuah ni seperti berikut:

1.Korang hanya perlu buat satu entry simple,tempek banner kat atas tu kat post ngn kat sidebar anda dan link kan ke alamat blog tersebut.siap
2.dah siap tinggalkan link post anda di bahagian komen entry tersebut.
3.Berakhir pada 2 MEI 2010
4.pemenang tempat 1,2,3,4 akan dipilih

Sekian sahaja dari ku.SAPA nak join [CLICK SINI]wsalam..

Apr 13, 2010

just just~


Assalamualaikum,setinggi kepujian hanya layak pada Allah S.W.T,junjungan besar dan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya.Entry yang tidak membawa sebarang faedah kepada korang,hu3 dan abaikan gambar ala2 sengal kat atas ni dan tajuk entry ini.

Sedeh betul aku tengok blog aku yang bersarang ni,jarang2 diupdatekan.Aku jarang mengadap Pc bukak tenet da kebelakangan ni.Kesian kat blog aku ni kan,visitor pun makin berkurangan.Kurang betoi aku cakap.erm..

Hmm..ni aku nak cakap sesuatu,hu2 aku mintak kebenaran kat korang nak bahasakan diri aku kat blog ni dengan kata ganti nama ''aku'',yela,umur baru 16 tahun,orang lain yang baca blog aku ni aku rasa sebahagian besar punye lagi tua dari aku.Itu yang pastinya.Harap korang2 tak kisah kan? hu3 Aku lebih selesa membahasakan diriku ini seperti itu apabila mempublish post. Kalau bahasakan diruku ''naem''?? ha3 cam pelik jer,seyes~

Alhamdulillah,ha2 aku menang tempat kedua dalam contest yang dianjurkan oleh Leopardus yang bertajuk Cuti-Cuti Malaysia. Serius aku cakap,tak mengharap pun nak menang contest ni,sebab tengok orang lain buat entry padu2 ja~ ha3 Entry aku bubuh 6 keping gambar dengan discprtion sikit ja.Manakala contest yang aku harap menang tak dapat nombor langsung,hahaha, Contest Dialog Kelakar Fitrihadi.com yang aku buat pasal kentut tu [klik 4 view] hu3.Xpela,tak kisah sangat sebab dapat tawu menang yang Leopardus tu.he3

Oklah sahabat2 sekalian.Diriku ini ingin mengundur diri.Mintak maaf jika tersalah tulis terkasar bahasa.Moga2 hidup diberkati olehNYA.Wsalam..

Apr 5, 2010

15 Perkara Penyebab Bala


Assalamualaikum.Just untuk peringatan diri sendiri dan renungan kita bersama.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8.
Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.

(Hadith riwayat Tirmizi) "


Wallahualam..


Apr 3, 2010

Contest-Banner untuk Kaizen

Assalamualaikum.Contest3.hahahaha.biar la.kali ni aku nak join contest dari Kaizen Shinobi plak.hu3.Contest ni dia nak mintak supaya buat banner untuk blog dia.Sapa yang dia rasa berkenan kat banner tu menang la kot.Contest ni terbahagi kepada dua.Buat banner dengan refer yang paling banyak.ade lagi kot tapi aku tak amik taw sebab aku nak join yang buat banner untuk blog dia jew dan kalau termenang refer terbanyak pon x pe jugak,he3.Nak taw selanjutnya leh rujuk blog dia.Banner mestilah berlandaskan hitam,putih dan kelabu mengikut kesesuaian blog beliau.Jadi,yang aku taw blog ni baru tukar template.Warna hitam putih.k la.Ni banner nya.Kalau sape2 nak join contest ni atau nak pergi blog kaizen ni klik banner kat bawah ni ok.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Photobucket

cun?ha3
ok,sekian,wsalam..

hapdate:


Contest Untuk Semua Blogger-Wave X Rider


Assalamualaikum.Entry untuk contest da,ha3.Aku nak join contest yang dianjurkan oleh Wave X Rider,ho3.Contestnye mudah dan senang jew.Sape yang refer orang paling banyak sama ada ke blog sipenganjur atau refer untuk join contest ni insyaallah dia menang.Hadiah pun banyak disediakan.Boleh dikatakan lumayan jugak la.hu3 nak taw hadiahnye terus membaca. Contest ni ade syarat dia,memangla semua contest ada syarat kan.Untuk dapat syarat dia korang kena ikut syarat firts dulu.

Syarat2 penyertaan:

1)Warganegara Malaysia.Menurut beliau kalau tinggal luar negara nanti payah nak kena pos hadiah pulak kan.

2)Menjadi folowers kepada blog beliau.Beliau berkata optional jew.Beliau tak kisah.

3)SYARAT PENTING.Korang kena add facebook beliau kemudian sent mesej yang menyatakan hasrat korang untuk join contest tersebut.Tulis jew ''Tujuan mesej ini dihantar adalah untuk join cotest di blog anda'' sila pergi ke blog beliau untuk add.

4)Tunggu.. mesej anda akan dibalas[syarat2 contest diberi]

5)Contest ni start 3/4/2010 dan berakhir pada 14/4/2010.AMAT SINGKAT.Jadi rebutlah peluang sekarang.

ok.Habis syarat.Ikut jew syarat2 tu.Nanti korang akan dapat syarat seterusnya.

Hadiahnya pula,hu3 :

1) Hadiah utama ialah pocket scrable bernilai lebih kurang rm 90 (aku tak mengharap hadiah ni,kah3)

2)Hadiah kedua seutas jam tangan Swatch Quartz (kalau dapat ni jadi la)

3) 3 DVD nurqaseh lengkap (tamau)

4)Tiga orang peserta akan menerima hadiah misteri.Beliau berkata''tak la misteri sangat,ha3 wang tunai jew kot'' (dia letak gambar rm 50,aku nak menang ni,kah3)

5)Tiga orang peserta bertuah juga akan memenangi top4 rm 10 (kalau menang tempat pertama aku rela amik ni lagi)

ho3,hebat tak?anda mungkin 11 orang yang akan memenangi hadiah tersebut.Jadi sapa yang nak join jom,add facebook beliau,pergi ke blog sipenganjur untuk dapatkan link.JOM JOIN


Sekian,TQ,Wsalam.

Apr 1, 2010

Ada Apa Dengan April Fool

Assalamualaikum.Tarikh hari ni 1 April 2010 atau lebih dikenali April Fool.Seluruh dunia menyambut hari penghinaan ini malah orang yang beragama islam pun turut mengamalkannya tanpa menyedari apa yang berlaku disebalik hari yang bergelar April Fool ini.Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap orang lain dengan bertujuan bergurau senda atau mengenakan seseorang.Kononnya hari yang bergelar April Fool ini hari yang diberi peluang untuk membuat perkara-perkara yang jahat/nakal.Tahukah korang apa sejarah sebalik hari April Fool ni?Mungkin ramai yang dah tahu tentang perkara ni dan mungkin juga ramai yang buat2 tak tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu langsung?.April Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tahun 1487,atau bertepatan dengan 892H.Aku nasihat korang tak payah la nak sambut bende2 ni,nak pekena orang,tipu orang,tak payah la,tambah dosa ja.Jangan sambut April Fool.

Yang masih tak tahu,Nak tahu cerita?April Fool mula disambut sewaktu kejatuhan umat Islam di Sepanyol.Kerajaan Islam sebenarnya sudah lama bertapak di Granada,Sepanyol,tapi akhirnya runtuh tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol[Moors] terpaksa berlindung di dalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri.Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 islam di Sepanyol.

Penduduk2 muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di perlabuhan.Orang2 muslim yang bimbang sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya[1 APRIL] ,mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan dan menuju keperlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kerana semuanya telah dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemua lelaki,perempuan dan juga anak2 kecil.Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah diserata dunia.

Kongklusinya,sama2lah kita ingat mengingati sesama kita,sampaikan cerita disebalik April Fool kepada yang tak tahu lagi supaya tidak ada lagi umat Islam yang menyambut April Fool walaupun hanya berniatkan gurauan.
Sekian,wallahualam,wsalam..