May 28, 2010

Sumo Paint - Sunting foto secara online

Assalamualaikum sahabat semua, kaifa halukum? harap2 sihat lah hendaknya, tujuan saya menulis entry ini adalah kerana ingin memberitahu sahabat2 sekalian yang saya kini telah menjumpai satu laman web yang dikenali sebagai SUMO PAINT di blog HelloFarest. Wah3 wei!~ best gila pakai benda ni, hu3 bukan apa, setiap benda yang dibuat seolah2 menjiwai hati kita, cewah. takdak ar.

Web ini dilancarkan pada Januari 2007, dan kini Sumo Paint telah mempunyai lebih 6 juta pengguna unik dengan 130,000 ahli berdaftar dari seluruh negara. Sumo Paint melabelkan dirinya sebagai komuniti seni talian yang membenarkan pengguna mencipta, berkongsi,menjelajah,melaloq,merapu dan berkretif menerusi aplikasi foto sebijik tapi tak serupa dengan photoshop. Memang kalau korang try bende ni agak seiras dengan photoshop macam system operasi window,Machintosh serta Linux. Pastikan pemain flash telah sedia ada dalam komputer anda.

Kalau korang daftar kat Sumo Paint, korang dapat kelebihan untuk menyimpan dan menyambung semula suntingan foto, besh tak besh tak?hu3 tetingkap baru akan muncul secara tiba2 macam batman law korang bukak Sumo Paint.Kesimpulannya Sumo Paint memang best la, yang tak pernah cuba tu mai la cuba, hu3. Ni adalah sedikit hasil yang aku dapat, kat bawah ni.

Lawa tak?? lawa? wah3 trima kaseh.. tapi ni bukan aku buat, cari kat google jew, ha3 jom berangkat ke SUMO PAINT. [KLIK SINI] sekian.

May 27, 2010

Wow! Kontest Gaji Pertama By Andyhowtt

Assalamualaikum..

Kontest Gaji Pertama, tajuk diberi, penganjurnya segak, budi nya cantik, kah3 jangan merapu naem~ Harini aku nak join kontest yang dianjurkan oleh AndyHowtt dan ini adalah review tentang kontest tersebut. Menurut beliau (penganjur), tujuan kontest ni diadakan adalah untuk meraikan gaji pertama beliau untuk sekian kalinya. Makna kata, sebelum ni AndyHowtt tak pernah kerja dan ini merupakan duit pertama dari titik peluh beliau sebagai seorang promoter.

Kontestnya sangat kacang guling,senang dan semudah A,B,C, hanya perlu baca dan komen , dan kepada pengkomen yang terbanyak dalam blog AndyHowtt adalah pemenangnya,hu3 mudah kan. Dan hadiahnya pon agak berbaloi baloi, lebih daripada berbaloi baloi ow~ nak tahu, teruskan membaca, hu3

Seperti biasa, setiap kontest yang diadakan mesti ada syarat2nya kan. Syarat2 kontest ini adalah seperti berikut :

1.Komen setiap entry baru untuk menjadi top komentator pada bulan ini sehingga tarikh tutup kontest.

2.Buat satu banner untuk kontest ini (Saiz tak perlu besar) [macam banner kat atas dalam entry ni, tu aku buat, amik kat twiter AndyHowwt, hu3 hampa buat seniri]

2.1. Ade gambar Penganjur

2.2.Ade tajuk kontest (Kontest Gaji Pertama)

3.Buat satu entry tentang kontest ni atau tentang blog penganjur

4.Folow AndyHowtt dekat @ twitter.com/vanillaais dan facebook/andyhowtt

5.Tinggalkan link entry anda di entry kontest pada blog penganjur,supaya penganjur dapat membaca entry anda

Baiklah, hadiah2nya pulak ialah:

Top Comentator : Rm50
2nd Comentator : Rm30
3rd Comentator : Rm20
Referral terbanyak : Rm20

W0keyh, sekian sahaja, sesape nak join jom join ramai2 jom, tak salah pon, [KLIK SINI] Wsalam..

ijai punya kerja

Assalamualaikum
Klik gambar untuk tumbesaran

Hasil Kebosanan Izzaidi Bin Roslan si klon Tungku Abdul Rahman ketika exam semalam [26/05/10] menggunakan pensil dan dakwat pen basah.Menghargainya adalah tanggungjawab kita bersama.

May 26, 2010

Happy Tag




Assalamualaikum, kali ni ditag oleh Norhayati Rostam, hu3 maaf2 sejak akhir2 ni segala entry adalah entry tag, kah3 Satgi aku buat entry letak gambar yang terhasil dari kebosanan sorang kawan aku ni time pekse.W0keyh, jom jawab soalan.Berikut adalah soalan-soalannya:

1.Adakah anda happy sekarang?
Semestinya,ho3 Hari ni baru habis segala paper sains ( exam pertengahan )

2.Kenapa anda Happy?
owh, dah tulis kat soalan no satu kan,hu3 esok killer subjek dowh~ ...sivik... gagal selayaknya buang negara, tak dak sivik,kah3 dan esok hari last exam. Pekse PQS dengan Sivik.

3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
how..banyak ow..hu3 aku kuat gelak ngan kawan2 aku.

4.Pernahkah anda menerima tag??
Banyak kali pernah da..

5.Nyatakan warna yang anda suka.
Banyak kaler aku minat ni, banyak sangat kot, ho3 diantaranya hijau,putih,hitam,biru macam kaler baju orang yang jadi background blog ni tu,hu3.

6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
7.Kue
8.iZa

7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.Tulis panjang bejela pon takpa.
Fieyda ni dia lahir kat atas bumi, Princessyayah89 ni pulak seorang wanita.KejarKibaKejar ni pulak seorang lelaki.Ell-Pmc ni dia manusia.Asyura27 pulak ialah orang.Khairun nisa ni ade blog.Name blog kue ialah KueJournal betul? hu3 iZa dengan Azilas ade 2 mata dan tapi satu kepala.

8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
Sungguh indahnya hari berlalu~ ha3

Sekian sahaja dari saya, sekian~~ terima kasih~~ thank youuuu~~ Wsalam..

May 23, 2010

Aku pembantu LeoPardus!!

Assalamualaikum, harini aku telah dilantik oleh abg mat untuk menjadi salah seorang kuncu2nya/ pembantu, ha3 Nak wat camna, bangga la aku camni, korang nak taw dak aku jadi pembantu abgmat ni sebagai apa?? apa yang aku kena buat?? hu3 takdaklah , ni entry tag lah..hu3 abgmat diberi tugas oleh Gransazer untuk menjawab tugasan(tag) yang diberi dan melantik 7 orang sebagai pembantunya(tag orang lain) dan salah seorangnya adalah aku.Kongklusinya, aku ditag.Soalannya:

10 fakta tentang aku:
1.Nama Naem ( bukan nama sebenar )
2.Nama Sebenar Anwar Naim
3.16 Tahun kurang 2-3 bulan
4.Lelaki
5.Suka minum air sejuk macam BroHanz , ha3
6.Tak suka makan lembu
7.Ada rambut,alhamdulillah~( cadang nak botak,kah3)
8.Seorang yang
9.tidak suka
10.taik ayam padu

10 perkara menakutkan aku:
1.Tengok bende [sini] (bukan takut,tekejut)
2.a...
3.buaya
4.harimau
5.babi
6.cicak
7.singa
8.kena langgaq lori
9.Makan cacing
10.duduk sorang2 dalam asrama tanpa penghuni tengah2 malam,siap ade bunyi orang mengilai~~hahaha

10 perkara yang selalu aku sebut:
1.t0ot t0ot
2.hahahaha
3.alamak~
4.hehehe
5.hohohoho
6.kah3
7.Aku
8.busted
9.hang
10.yess!~

10 perkara yang amat bernilai bagi aku:
1-8 orang dalam rumah aku
9.makanan
10.minuman

10"pertama kali" dalam hidup aku:
1.Pertama kali buat blog, blog ni la..
2.Pertama kali makan nasi, tanya mak aku bila
3.Pertama kali masuk asrama time form 1
4.Pertama kali keluar asrama time form3
5.Pertama kali tak dak idea sangat2 nie
6.Pertama kali tak taw sangat2 nak tulih ape nie
7.Ha, pertama kali jatuh tesungkoq lepas habis kelas kkq,taktau orang ada tengok ke tak,ade kot,ha3
8.-------------
9.BLANK
10.------------

7 ahli bawahan aku:
1.asyura27
2.Mrs jamaL
3.Aku Budak Sopan
4.Tintayu17
5.Neomatrixzz
6.SarahShafie
7.Miera

Semoga yang terpilih ini menjalankan tugasan yang diberi sebaik nya,Sekian,Wsalam..

May 19, 2010

Tag From Princess


Assalamualaikum, wah~~ aku takdak idea nak update benda apa kat blog ni, entry terakhir yang dibuat dengan semangat padu ialah peredaran zaman enset yang aku pakai, hu3 plek ja. Tadi baru je aku di tag oleh PrincessErna , hu3 tq erk. Soalannya berbunyi :

1.Bagi aku 5 blog yang korang selalu bace
1.Aiz Batu Campur
2.Erti Hidup
3.Hans
4.JustKhai
5.Suka lepak kat FrenzyFm,hu3

2.Ape yang best tentang blog tue?
Setiap blog mempunyai ciri2 yang berbeza mengapa aku suka blog tersebut

3.Berapa kali dalam sehari korang bukak blog tu?
Kalau ada post terbaru aku pergi la, kalau tadak nak watpa tercegat dok kat blog tu, semua entry dah punggah, ha3.

4.Korang bagitaw aku dari mana korang taw blog2 tu?
Taw dari dyorang..kot..

5.OK!! Apa pendapat korang tentang blog aku??
ya~ kepada pembaca2 boleh komen, kebetulan aku baru tukar background blog ni..hu3
6.Korang tanya soalan ni kepada 5 blogger lain pulak ok??
ok, aku nak tanya kat Queenimah, RerameUnggu, CoretanUda, NurAisyyah, Nash121

Wsalam..

May 16, 2010

Creative Blogger Award

Assalamualaikum. Award Creative Blogger telah diberikan kepadaku oleh Zierwa Zainal hu3. Terima Kasih banyak2 erk kerana merasakan diriku ini seorang Creative Blogger, kah3. Jadi kena jawab maksud logo Award dibawah ni. Jom merapu~


::Pengertian Berkenaan Award ini::

PENSIL
Pensil ini menunjukkan sebatang pensil yang bewarna kunin, ada pemadam disitu, mata kaler pensil ni hitam, mengapa pensil ini dimasukkan dalam logo Award ini jangan dikenang, aku tak taw.

FILEM YANG BERGERAK
Filem yang bergerak ini pula bermaksud filem yang bergerak

LOGO BULAT
ha, yang ni pulak bulat2 yang bekelip2 sebab nak bagi lawa logo ni.Sungguh indah disitu.

Kepada yang dapat Award ni bagi kat orang yang korang rasa betul2 Creative, tak kisah la berape orang pun. Aku bagi kat diorang ni sebab aku rasa dyorang betul2 kretive gilew~ hu3 Aku bagi dekat

Wsalam..

May 15, 2010

Selamat Hari Guru!~

Assalamualaikum


Selamat hari guru kepada semua guru2 yang membaca blogku ini terutamanya kepada guru warga S.M.K Abu Bakar Al-Baqir (S.A.B.A.R). Kegigihan dalam mendidik tidak akan dilupakan. Maaf jika pernah melakukan kesalahan,terkasar bahasa, terguris hati. May all of u be blessed by Allah. Amin~ ^-^

May 14, 2010

Peredaran Zaman Handset Yang Aku Pakai


Assalamualaikum. Harini tiba2 nak cakap pasai enset,hu3. Aku start pakai enset time aku form 3 awal tahun. Agak lewat bagi aku, hu3 sebab kawan2 aku yang laen semua dah mempunyai seketui henset walaupun cikai. Cikai ka? mana ada, semua dah bergaya habeh. Bukan aku takmau pakai, mak aku tak kasi,hu3 jenoh mintak. Apakan daya~~

Pada suatu hari, My bapak baru pulang dari Beijing kerana beliau ada kerja di sana. Banyak barang bapak aku bawak balik. Jam belambak, makanan,ho3 , keychain , dan macam2 lagi. Aku pun punggah beg2 yang bapak aku bawak balik dengan kesegaran abadi. Dush~ enset 3 bijik telah ditemui, kah3. N95 2 bijik. Tapi sebijik N95 bapak aku jual kat kawan dia. Lagi sebijik bapak aku bagi aku. Aku pon gembira. dan lepas tu baru la pegi beli sim untuk aku sendiri.Apa enset first aku ha??

Masih wujud, baru snap

I-Phone 3g . hu3 Seronok aku, tapi beli pon kat beijing, 3 3 ketoi enset cina. Walauapapun aku tetap bersyukur dan bergembira,ha3. Setelah lama aku memiliki dan menikmati enset tersebut, aku mula menyedari kesusahan dalam menggunakan enset tersebut. Nak tulih mesej payah d0e~ nak kena pakai kuku tekan key2 dalam skrin tu,kecik, nak pakai pen sama ja pon, lagi lambat.

Aku pon pakai enset N77 yang lama punya, mak aku suruh abang dia belikan. Lagipun enset I-Phone tu bapak aku pakai.Dia cakap" fuh, sedap bet0l pakai enset bleh bukak 2 sim nie" tidak mengapa, aku lepaskan kamu I-Phone, ha3. Time tu aku jarang pakai enset sebab tinggal hostel. Lalu aku bawak henset N77tu ke hostel dan selamat dikebas orang. Alhamdulillah~ lesap~ salah aku jugak kan.
N77 -Bukan gambar handset aku, tak dapat tangkap sebab da kena kebas

Selepas tragedi tersebut pula, aku pakai henset N95 yang bapak aku beli tu. Agak lama aku menggunakan enset ni. Sehingga enset ni dah terbatuk batuk. Law henset ni blank ja kena hentuk kuat2 bagi tepadam pastu bukak balik.Law blank lagi, ketuk skali lagi pastu bukak balik. Da boley baru berenti. Tempat tutup bateri kat blakang pon entah kemana. Bebalut2 bateri tu sebab longgaq.Kasihan..


0k, keputusan PMR da kuar. Dapat 3 ratus,ha3 ada sehari tu My ibu with bapak nak pergi tesco kat taiping, aku nak beli henset baru! pakai duet aku seniri. Bapak say" nak beli henset baru jooommm" dalam hatiku: ''yess~!'' Aku pon pilih henset mana yang aku bekenan dan lah pilihan ku,hu3.

Dan sekarang, aku pakai henset ni, pernah hilang pen, jumpak balik~ ha3 ok, aku stop merapu. Tadi baru habes gotong royong kat sekolah, balik2 tunggu bas, pastu sampai rumah mengadap blog,hu3 Have a nice day~ Wsalam...

Wasiat kepadaku (Tag)

Tag semata mata.Assalamualaikum. Pada tanggal berapetah haritu aku telah diwasiatkan seekor lembu oleh leopardus(AbgMat) dan bloghanz(Hanz). Lembu tersebut masih dalam keadaan sihat walafiat dan masih pegun seperti first time AbgMat ngan Hanz ni bagi kat aku. Nak tengok lembu tu? bawah ni.


Bagus lembu ni, tak ketegaq, dia dudukkkk ja tang situ, aku tak bagi makan pon dia tak merungut.

1.Thanks & Link the person that gave you the lembu
Terima kasih banyak2 la AbgMat ngan Hanz. Jasamu akan ku kenang. Jika diberi sekoq lembu real2 punya lagi aku kenang sampai mati, hu3.

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yang paling aktif
1.BroHans
2.Balqis
3.Syazberry
4.Funkyroxs
5.Kamaryeah
6.Ain
7.Basikal Tua

3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat dari orang kaya Sepening Lalat.
Engko la bagitaw, aku segan~

4.Cerita 3 perkara apa yang selalu anda buat sambil tengok tv.
1.Menung
2.Menguap
3.Menung

5.Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
1.Perut lembu- Bagi aku pelek, perut aku tak boleh menerima makanan ini kerana ia seperti tuala mandi yang berbau lembu.
2.Otak monyet- Aku tak pernah makan pon, walaupun bunyi macam sedap
3.Teloq katak - kuih de~

6.Cuba bagitau orang berapa orang dah kawan kat facebook
444 orang kawan.[tut]

Selesai sudah,hahahah..wsalam..

May 12, 2010

Smart Tag

Assalamualaikum. Tadi kat sekolah jawab kertas arab1 dan arab2,jadi.. usah dikenang. Kembali kepada segment kita pada hari ini. Apa itu Smart Tag? Smart Tag itu ialah [ini] (New Tab) Tapi aku bukan nak cakap pasal tu. Ni entry pasal tag yang telah dilekatkan kepadaku oleh BroMatt buat kali ke2,hu3.Maka bermulalah sesi menjawab Tag:


1) Apa yang anda akan buat bila anda dapat tahu member anda tikam belakang anda?

Owheh~ ni cukup pantang bagi aku, sedeh2, sapa suka kan? aku pergi belakang budak tu. Aku tepuk bahu dia. Bila dia toleh ja muka dia kat aku. Aku sengeh. Pastu blah.
Tapi kalau tikam hat jeneh camni aku menggelupoq jela...

2) 6 orang dihati anda?

Mybapak,Myibu,My Adik beradik(Ati,Aimi,Ayap,Adip,Muaz) ok, sudah lebih 6 orang pulak.

3)Anda rasa anda comel?

I dont think so jugak la bro matt, kah3

4) Singel or Taken?

Have taken by [sini]

5)Blog yang anda suka?

Terdapat pelbagai blog yang aku suka. Diantaranya ialah Aiz Batu Campur dan sebagainya.

6)Adakah bilik anda kemas setiap hari??

Insyaallah setiap hari bilikku mengalami fenomena perkataan kemas walaupun tak sampai sejam.

7)Lagu terakhir yang anda dengar?

Lagu sayang cendana kat tb 3, sebab diorang(ayah,adik dll) sedang menonton dikala entry ini dalam proses pembinaan.

8)Last teks mesej?

Waa'laikummussalam...

9)Last phone call?

Waa'laikummussalam...

10) Hari terakhir anda menangis?

Aku tak tulih diary...lupa~~ hu3

11) List 5 kaler favorite anda?

Hitam, Putih, Hijau, Biru, Merah ganaz

12) Orang terakhir anda ber-Ym?

myFrenz Senpai

13)Game paling anda suka?

Banyak da~ Devil May Cry

14) Adakah anda peminat MCR?

Tidak sama sekali

15)Apa perasaan anda menjawab Tag ini?

Perasaan? notink~ a... biase~ macam tengah jawab orang tanya le~

16)Anda rasa Tag ini best?

Agak best la~ hu3 sekurang-kurangnya blog aku tak bersarang.

17) Tag lagi kepada 10 orang


1.Syazana
2.Nuriz
3.Zqah
4.Nsnoop
5.PakcikRock
6.Amirah
7.AnakKunyit
8.Havoc
9.AimanFarhan
10.Anne

Selesai...Wsalam..

May 8, 2010

Ini ialah Tajuk

Aku
Assalamualaikum. Sekarang kat rumah nenek aku, mak bapak adik- adik semua pergi balik kampung kat bagan datoh, aku malas nak ikut, tinggal la aku dengan tok aku kat sini, aku bawak sekali laptop ngan berukband,hu3 boley on9, tapi tidak membawa sebarang keseronokan, kah3 Internet lembab macam siput, nak bukak blog ni pon tercirit tunggu, selalu kat rumah pakai stremyx, bila pakai berukband jelas kelihatan kelembapannya..

Exam
Baik aku study, esok dah start dah ow exam pertengahan tahun, dekat 3 minggu exam ni berlangsung, ok, doakan aku boleh menjawab dalam keadaan tenang dan sengeh2..hahaha.Menjawab exam mengikut format sebenar SPM..ho3

94Studio
erm..Bagi sesiapa yang berumur 16 tahun dan lahir pada tahun 1994 dan yang bergelarkan tingkatan 4 atau form 4, web forum untuk kita [ha3] telah dibuka untuk ...untuk... ape2jela, nak bincang2 boley [ banyak topik kat situ] nak chat boley, ahli tak ramai lagi, baru semalam siap 100%. Jadi tolong2 promote kat kawan2 erk. Forum tersebut telah dibina oleh myfrenz yang dikenali sebagai senpai.. kenal? hu3 Ok, [Klik sini] kuat2 untuk pergi ke Forum tersebut.

Contest
Yeah~ keputusan contest yang dianjurkan oleh Mashi dan Remedy telah pon diumumkan. Alhamdulillah, a great thanks to Allah because we are aku menang nombor 2 dalam contest Mashi dan tempat ke3 dalam contest Remedy. Rm20 dan hadiah misteri dari mashi Dan rm50 dari Remedy, Thx a lot. Mashi sekarang ni sedang menghadapi last exam apentah, aku doakan mashi. Remedy pulak tak silap aku ada kat machang 3 hari. Kesimpulannya, hadiah memang tak dapat lagi lah.Aku mintak topup jew sebab takde accunt bank cimb ngn maybank.

Makan
Wokeyh, kedengaran nenek aku sedang menumbuk sambal di dapur, hahahha, perut pun sudah berkeroncong, ha, tengok, tok aku dah yuhuwww~ kat aku panggil makan, ha3 mandi tak mandi2 lagi, esh3 apa nak jadi ngan insan yang bergelar naim nie.Undur diri dulu, sekali gi doakan aku erk.. Selamat berehat. Wsalam..

PaanArtCreative Sebuah blog Seni

May 7, 2010

8 itu ialah nombor..

Assalamualaikum.Entry ni diwujudkan untuk menjawab tag dari BroMat. Tag ni berkenaan nombo 8. Tagnya berbunyi....

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same. 



Ha...ok, ade2... aku telah menglapankan satu folder ni dan amik gambar yang ke 8 kat dalam folder tersebut...hu3 ok...gambar ni aku pernah guna untuk post satu entry suatu ketika dahulu..masa tu aku nak ucap selamat menyambut hari kemerdekaan,hu3 sekarang gambar tu akan dipost kan sekali lagi kat sini...mari kita usha~
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Yeah~! inilah gambar nya.mengandungi beribu2 maksud yang merapu disebaliknya,ha3 macam besa ayat aku kalau letak gambar time aku kat asrama, kes tak dak keja, hu3 Semat kawan aku ni, nama dia izzaidi. Satu kelas ngan aku taon nie. duduk sebelah aku lagi.

Seronok la duduk asrama taon lepas.Dari form 1 sampai form 3 aku tinggal kat asrama. Naik form 4 da kluar.. Sekarang ni aku taktaw la nak masuk tahun ni pastu tahun depan duduk rumah ka, nak duduk rumah tahun ni pastu taon depan masuk asrama ka, nak duduk rumah sampai habes skolah ka, nak duduk asrama sampai habes skolah..

ok, Tamau merapu dah, hu3 sekarang nak tag 8 orang untuk jawab tag ni,hu3 calon2 nye :

8.Mizzek

Wokeyh, siap...Jawab lah yang telah Ditag, 7up|ikut suka u, hu3 Wsalam..

P/S: Ade tak yang tag aku ataupun bagi Award  kat aku, tapi aku tak jawab dan tak ambil lagi?? kalau ada inform aku erk..Aku lupeee~ hu3 maap2

Dah dapat hadiah misteri BroMat

Assalamualaikum, sedang aku bace2 blog orang dan ketiadaan seberang idea untuk aku letakkan di blog aku ni, tiba2 bunyi pin2!! kedengaran dari luar rumah aku, semasa kejadian itu berlaku, aku dalam keadaan mamun menghiraukan bunyi tersebut dan memang tak perasan.

Setelah berulang kali bunyi pin2!! tu dok bising2, bapak aku pegi usha tengok kat luaq kot tingkap, owh, rupa- rupanya ada postman diluar, lalu aku ditegur ala2 marah skit kat aku, yala, aku kat sebelah pintu ja, orang datang aku buat taktaw,ha3.

Eh2, ada bungkusan untuk aku la, aku terus bukak bungkusan tersebut bersama adikku adib yang menyibuk secara tiba2, ha3. TQ AbgMat, hadiah misteri dah sampai,hu3 hari tu aku ada menang kontest yang abgmat buat ni, dapat tempat ke2.

Hadiahnya top4[dah dapat] ngan hadiah misteri[baru dapat] nak taw dak adiah misteri apa? hu3


Kotak pensel yang smart, hu3
Siap ada kata2 hikmah lagi ''Hardwork is the key to Success''
bukak2 ada keychain M.U la~ ha3 aku suka!

ok, tu jew... Tma ksih kat abg mat skali gi... n Selamat hujung minggu ^-^ Wsalam..

May 5, 2010

Petua Mencuci Hati

Assalamualaikum.Wah, baru balik sekolah, tadi ada koko dalam kol 1, aku kelab pendidikan islam, maen permainan soal jawab Al-Quran, hu3 uztazah bagi peta cam dam tu, tapi hat photostate punya, kale hitam putih, ha3 jimat, benda ada satu ja. Satu kumpulan ja dapat yang ori. Dam pon pakai kertas ja. Agak besh la~ besh gelak2 ja kot, h03.


Ok, meh nak kongsi satu benda yang kudapat dari facebook.Segala aspek dalam kehidupan ini bermula daripada hati. Jadi kat bawah ni ada beberapa cara bagaimana nak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah, jadikan hatiku bersih.

2.Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa2 diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3.Solat taubat - Selain dapat memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4.Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah'' 3 kali.

5.Berma'af- ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa minta maaf perlu sebutkan "maafkan aku law wat salah kat hang no" dll.

6.Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah- rendah kebolehan diri sendiri. Katakanlah aku sebenarnya (.........) perkara yang elok2 sokmo.

7.Program minda/Cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati " Ya Allah, cuci otak aku, cuci hati aku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif, ada gaya mutu keunggulan" ( dan lain2 apa yang korang nak cakap). Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - Cubalah!

8.Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9.Cuba ingat tentang mati time nak buat sesuatu kejahatan.

Belanja orang makan, bersedekah, kekalkan wuduk, berkawan dengan ulama, menjaga pacaindera dll. Oleh itu, jangan lah bertangguh lagi, jomlah sama2 kita mengamalkan,hu2.. Wsalam..

May 4, 2010

[Contest] Menangi Rapidshare Premium Account Untuk Sebulan


Assalamualaikum, hari ni aku nak join contest yang dianjurkan oleh www.jiwakacau.com. Aku taw contest ni dari beliau sendiri dengan meninggalkan pesanan di shoutbox. Beliau berkata sempena hari pekerje ni Jiwa Kacau nak bagi hadiah kat aku kat semua folower2 blog Jiwa Kacau dan juga silent reader blog Jiwa Kacau. Sebab tu la contest ni dianjurkan!! kot...

Hadiah yang ditawarpon agak menarik,hu3 Hadiah utama ialah 1 bulan account premium Rapidshare yang bernilai rm40. Hadiah bonus pulak 1Ip Torrents yang tak ternilai harganya. Hadiah utama ni semua orang leh dapat dan untuk hadiah bonus layak kepada sesiapa yang mempunyai seedbox sahaja,bende ape tu,hu3.

Rapidshare ni gune die untuk download file dalam kelajuan yang paling maxsima. Ramai yang gune Rapidshare ni untuk download carite, lagu, software dan muzik kat warez site. Warez site ni pulak merupakan site yang dimana uploader2 letak download link diaorang. Contoh [sini] Sesape yang nak join leh klik gambar Rapidshare kat atas tu.

Aku kene menang contest ni sebab aku nak download citew2 yang aku nak tengok tapi tak dapat2 sampai sekarang, lagipun aku memang tak reti nak dapatkan account Rapidshare ni dan memang aku tak dak duet nak beli account ni. law boleh nak download segala apa yang aku nak,hu3

Ok, tu je, sekali lagi sape yang nak join contest ni leh klik gambar rapidshare kat atas tu atau [klik sini] Sekian,Wsalam..

May 3, 2010

Income nuffnang dah cashout

Assalamualaikum, setelah berapa lama aku tak tunggu, pendapatan nuffnang aku da boleh cashout. Aku tak ingat bila aku letak nuffnang kat blog aku ni, awal tahun kot.Taon lepas aku baru berkecimpung dalam dunia blogging ni, jadi geng2 klik mengklik ni datang blog aku tinggal pesanan suruh klik2 nuff dyorang.

Time tu aku mana taw bende ape nuffnang ni an.Masuk awal tahun baru start gune.Tapi amalan geng klik2 mengklik2 ni sememangnya tidak wajar berlaku,hu3 boleh berlakunya sumber pendapatan yang haram.

Walaupun income aku ni ciput jew, xpe, aku akan jadikan pendapatan ni sebagai motivasi untuk terus berblogging. cewah ayat~.hahahaha.Aku da cashout da pon income ni, sikit jew.4 angka.Tengok gambar bawah ni.

ciput da~ klik untuk tumbesaran
rm50.96 sen. 4 angka la tu,kah3 memang macam siput sedut.Kalau idak aku nak biar jew earnings tu sampai 3 angka.Baru syiok cashout tengok cek 3 angka.hahahaha. Tapi aku tak taw la tangan aku ni, nak tertekan jugak.ok la.Undur diri dulu, segala kesilapan harap dimaafi. Sekian,Syukran.Wsalam..


May 2, 2010

Ingin Tergolong Dalam Bloglist Hijau AbgBen

Assalamualaikum,hye AbgBen hu3 ni salah sorang yang nak tergolong dalam bloglist abgben tu...ish3 harap dapat la kot,hu3 saye berblogging sejak...entah tak ingat pulak,ha, entry first sekali dalam blog ni 23/8/2009,taon lepas.Header dah letak nun diatas tu..saye update blog ni insyaallah sekali sehari, law otak ni berfungsi secara terlebih waras mungkin 2,3 entry kot..hu3 ok,tu je kot.TQ abg ben,Wsalam =)

Jom Uji Kepantasan Menaip

Assalamualaikum, ade bende nak share ngan korang, ramai dah kot yang tau pasal laman gambar kat atas ni.Bende ni aku tawu dari kawan aku luqman dan aku dah try.Lembab jugak la aku menaip,hu3.

Dengan laman tersebut kita boleh menguji kepantasan kita menaip. Tentunya kita tak dapat menaip dengan tepat 100% betul tapi sekurang kurangnya kita mencuba. Cuba berulang-ulang kali dan mesti akan bertambah laju kita taip kerana perkataan yang disediakan ialah perkataan yang kita selalu pakai.

Selepas penilaian tamat, korang leh tayang keupayaan korang kat blog atau mana2 dengan kod yang
diberi.Macam kat bawah ni..


36 perkataan
Setelah tercirit cirit aku try benda ni.ha3

Korang leh [click sini] kalau nak try benda ni k.Wsalam..

May 1, 2010

Aiz! Tolong Cantikkan Blog Saya...

Assalamualaikum. Seminggu lebih aku tak update blog aku ni.Mintak maaf tak dapat membalas kunjungan korang yang melawat blog ni, maap erk..tak dapat on9 sebab Line tenet kena potong da~ sebab tak bayar, ok, .. kembali kepada tajuk bicara aku hari ini [=.=]


Aku nak mintak pendapat seorang designer yang agak hebat tentang blog aku.Beliau ialah aiz,hu3 Haritu aku ada join kontest yang dia buat, ada rezeki, hadiahnya dia buatkan banner yang bernilai rm25 untuk aku,hu3 agak smart. nak dak?? gi tempah kat dia, ramai dah tempah kat dia, berbaloi baloi.Perkhidmatan yang memuaskan,hu3.

Aiz, ko komen la apa2 yang patut kat blog aku ni. Aku...tak taw nak tulih apa ni, ha3 tengok la widget2 apa yang patut aku letak dan yang patut aku buang?? background aku ok dah ke?? atau ko ada template nak syorkan kat aku, hu3 header amacam?? erm...tu je kot..

Ikut suka hati mu la bro Aiz, komen ape yang patut, supaya mutu gaya keunggulan blog ni lebih teserlah..kah3 Jadi sesape yang nak mintak pandangan kat bro aiz boleh terus ke blog beliau.Sekian Terima Kasih.