Isuhangat | Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.
Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :
Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu taksub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.
Assalamualaikum.. ni bukan cerita aku.. aku dapat kat sini... saja nak share... :) :-
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Tiada Keagungan selain Allah...Tiada idola selain Rasulullah..
Tiada pegangan seindah Islam...Tiada iktan setulus Sunnah..
Dan Tiada Pemerintah seadil daulah Islamiah..
Salam Maulidur Rasul kepada saudara-saudara ku
Semoga apa yang kita lakukan selama ini akan diberkati oleh Allah SWT
Entry kali ini aku ambil dari majalah ujang karya tok puteh... Untuk sesiapa yg tidak tahu, Tok Putih nih nama pena untuk sesorg dalam majalah ujang ni..dia selalu berkarya mengenai agama.. w0keyh...tak nak banyak cakap... :----
Eloklah kita beradap dengan raja tapi kenapa kita beradap sangat dengan RAJA SEGALA RAJA? Ni bukan sembah derhara tapi sah sah masuk neraka.Korang rasa korang tu sapa?King kong?
bila dengan raja , dijemput ke istana gembira tak terkata..
bila dengan raja segala raja, jemput ke masjid buat dek je..
bila dengan raja, pakai smart habis, siap tempah spesel lagi gitu..
bila dengan raja segala raja, solat pakai pelikat, kadang2 tak berbaju..
bila dengan raja, nak ke istana besok, malam ni dah bersiap..
bila dengan raja segala raja, nak ke masjid liat, malam nak tahajud jangan harap..
bila dengan raja, dia suruh apa pun kita buat tanpa banyak cakap...
bila dengan raja segala raja, dia suruh solat pun tak buat, kalau buat pun sambil sangap...
bila dengan raja, apa dia tak suka kita tak buat, takut dikata derhaka..
bila dengan raja segala raja, kita buat apa kita suka, tak takut neraka..
bila dengan raja, tak kira siapa kita, depan dia semua rakyat biasa..
bila dengan raja segala raja, kita kira siapa kita, org besar duduk saf depan tu dah biasa...
bila dengan raja, bila dia ada kita rasa hina, rasa rendah diri...
bila dengan raja segala raja, mana pernah Dia tak ada tapi masih jugak tak sedarkan diri...
bila dengan raja, bila nak mengadap punyalah takut, rasa longgar sendi lutut...
bila dengan raja segala raja, mana ada takut, tu yang solat otak melalut...
bila dengan raja, dipanggil mengadap pun dah rasa bertuah..
bila dengan raja segala raja, dengar azan pun kita menyampah...
bila dengan raja, sanggup tunggu berjam2 lamanya untuk berjumpa..
bila dengan raja segala raja, solat lima minit pun dah kira lama...
itu sahaja karya beliau..amcam?? ada tersentuh sedikit tak hati??hoho... mmg kita slalu melebih2kan manusia melebihi pencipta kita sendiri...sama2 kita renungkan..yg baik jadikan pedoman...yang jahat jadikan sempadan... wsalam..
Assalamualaikum.Seperti yang kita ketahuan,cuti selama seminggu baru sahaja lepas seminggu yang lalu.Mungkin agak terlambat aku post pasal bende ni.hu3.biarlah.Blog aku ni pun dah lama tidak diupdatekan kerana aku tiada mood untuk mengupdate blog dan ketiadaan sebarang idea untuk diupdatekan.Daripada membiarkan blog aku ni bersarang dan terus bersarang baik aku update blog ini walaupun agak malas dan blurr ketika ini dan alang2 aku terpandang contest yang dianjurkan oleh [Matt Leopardus] ini yang buat contest supaya menceritakan pengalaman bercuti baik aku join.Oh matt leo,uniknya nama engkau.ho3.Nak tahu/join belek blog dia.Contest cuti2 Malaysia,ceritakan pengalamanku secreative yang mungkin [aku tak creative d0w] sebab...aku post gambar je kot.malas nak bercerita.kah3 =.= bawah ni gambarnya.belek~
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pergi bercuti 2 hari 1 malam jew.Bermalam di rumah sewa ibuku.
jalan2 dengan family kat mana tah aku tak ingat.
beli2 apa yang patut.dan lain2
lepak2 kat pantai lak...
asyraf,aimi,aku,ati,muaz,mak,adib,abah
hu3
fuiy0! fuiy0!
kasihan kuda itu kerana terpaksa menanggung berat 2 orang insan ini
Assalamualaikum.Aku dapat topik ni dari email yang diberi oleh ibuku,hu3.Awas kepada umat islam.Kasut yang diperbuat dari kulit babi murah dan terhangat di pasaran.Banyak tempat2 yang menjual barangan ini terutamanya komplex membeli belah seperti:
1.Perangin Mall
2.Bukit Jambul
3.Gurney Plaza
4.Komtar
5.Sunshine
6.Gama
7.Pacific
8.Sogo
9.QueensBay [ada aku tengok kat pulau pinang masa aku jalan2,hu3]
Cara nak syak kasut kulit babi ialah:
1.Harganya lebih murah dari kasut yang lain
2.Biasanya kulit babi ini dipasang di bahagian dalam kasut kerana ia lembut
3.Paling banyak pada kasut kanak2 perempuan,kasut wanita pun banyak
4.Sandal lelaki
Kalau ada 3 titik dalam satu tompok tu jangan beli kerana itu kulit babi.
Jadi tolong pesan kat kawan2 korang ke orang rumah ke atau sape2 jew saudara islam kita supaya tidak membeli kasut yang diperbuat daripada kulit babi ini.Wallahualam.Assalamualaikum...
Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, akan menjadi penghalang kepada syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong.”
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina.”
Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini:
Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
Jika kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
Oleh yang demikian, marilah kita cuba melawan sifat sombong ini dengan bersifat tawadhuk atau merendah diri. Sekiranya kita telah berjaya mengikis sifat sombong maka akan lahirlah sifat tawadhuk dalam diri kita, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.
Assalamualaikum. Mesti ramai di antara anda yang berazam untuk kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan jangan cepat berputus asa. Anda pasti boleh!
Kalau anda betul2 bersemangat nak kuruskan badan, sebaik- baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senama yang konsisten. Biarpun hasilnya agak lambat, namun pasti berbaloi.
Baiklah, jom baca tips dibawah :
1. Jika anda makan 3 kali sehari, cuba makan makanan dengan kadar yang lebih sedikit dalam 5-6 kali sehari.
2. Jangan makan makanan yang berlemak seperti coklat, ais krim atau "junk food".
3. Jangan biarkan diri anda hingga terasa lapar. Jika kita lapar, anda akan merasa penat dan akan merasa lebih lapar, maka lagi banyaklah nikmat Allah yang masuk kedalam perut anda.
4. Lebihkan pemakanan buah- buahhan dan sayur- sayuran. Jika anda tidak suka makan sayur atau makanan2 hijau, buah- buahan sudah mencukupi. Sedap lagi berkhasiat.
5. Anda perlu pandai memilih makanan yang berkhasiat dan kalau boleh jangan makan makanan yang berat pada waktu malam.
6. Mesti selalu bersenam. Jangan cuma kurangkan makanan yang kurang tidak sihat dan makan makanan yang sihat saja, makan makanan sihat banyak2 badan pon sihat. Jadi kerapkan bersenam.
7. Tidur yang cukup. Cuba bangun pagi pada masa yang normal seperti pukul 7. Jika tidak boleh bangun pada waktu itu, tidur awal pada malam harinya dan bangun jugak awal2,hu3. Kerana tubuh manusia perlu tidur sekurang- kurangnya 8 jam untuk mempunyai tubuh yang sihat.
8. Jika anda tidak mengamalkan sarapan pagi, cuba amalkan. Sarapan boleh mencegah anda untuk makan banyak pada waktu siang.
9. Air masak sangat baik untuk kesihatan. Minum sekurang- kurangnya 8 gelas sehari. Hindarkan daripada minum minuman yang bergas atau banyak gula.
10. Ya.. itu dia 9 tips, kalau dah buat semua tips kat atas ni tapi badan dok lendoq, gemuk juga, cuba anda gelak kuat- kuat setiap saat,minit dan jam kerana gelak ketawa adalah ubat menangani stess. Jika anda stess mesti anda makan banyak kan? dan bertambah gemuk la anda.
Cuba buat macam video kat bawah ni
Psst, kalau kena cop gila jangan sebut nama naim,ha3 sekian.
SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin. 2. Orang yang sering membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari. 3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid. 4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka. 5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah. 6. Lelaki atau wanita yang tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu.
7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya. 8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu. 9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makankekenyangan di dalam rumah.
Assalamualaikum.. Kita selalu dengar perkataan riak kan? Riak ini adalah salah satu penyakit hati. Penyakit hati ini, berlaku tanpa kita sedari, kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya ia telah merosakkan ibadat kita. Disebabkan riak, amalan kita mungkin tidak diterima Allah. Rasulullah juga risau dan telah berpesan bahawa jauhkan dari sifat ingin menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana ianya menyamai syirik.Riak sebenarnya bermaksud melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah: 1. Sifat suka dipuji oleh orang lain. ►Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain. dan puji kwn mcm sembelih tengkok kawan
2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
►Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. ►Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.
4.Kerana ramai pegikut
►Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai.Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.
5.Rupawan yg menarik la(lawa/hemsem/cute/macho)
►seseorang itu bangga kerana mempunyai rupawan yang menarik berbanding org lain
6.Mempunyai badan yg kuat & gagah ►Bangga mempunyai badan yang kuat dan boleh mengalahkan orang lain
7.Melakukan banyak ibadat,amalan ►Orang sebegini riak dalam amalan solat, sedekah dan amalan lain. Dalam solat, sesorang itu menzahirkan khusyuk dalam solat seperti solat dengan lebih lama dengan memanjangkan rukuk dan sujud. Selain itu, bersedekah secara terang-terangan sampaikan ambil gambar. Sedangkan apabila bersendirian, amalannya tidak la sempurna begitu. ---------------------------------------------------
Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Jauhilah sifat riak dengan mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa b
erwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
KaWaN BaiK Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita. kita kawan kan...???
Sepanjang perjalanan kehidupan,
ku temu pelbagai rupa kawanku.
gemuk, kurus, panjang, pendek,
lawa, kacak, hodoh, ayu, sayu
Bersikat, bertudung…
akan sejenak ku terfikir…
manakah satu…..
rupa yang akan menjadi kawanku yang setia..
yang gemuk atau kurus?
yang pendek atau panjang?
yang lawa atau hodoh?
yang bersikat atau bertudung?
diriku dalam dilema….
setelah difikir berkali…
tersedar diriku…
kadang-kadang sesuatu yang indah tak sebetul-betulnya indah
dan……
kadang-kadang sesuatu yang buruk tak sebetul-betulnya buruk
kadang-kadang yang kacak tak selalunya betul..
kadang-kadang yang lawa tak selalunya baik
kadang-kadang yang hodoh tak selalunya jahat
kadang-kadang yang bertundung tak selalunya jujur
dalam hidup ini perlulah berhati-hati…
mencari kawan memang senang…
tetapi mencari kawan yang setia
umpama mencari jarum dirumput yang kering...
berusahalah untuk mencari kawan yang setia...
Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling- cam pejoget rap tu
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang
nampak..
2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang
membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula.....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki???? Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia ...
Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.
Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah lama ditinggalkan di dalam Kereta.
Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas di dalam botol dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.
Kepada kaum lelaki yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan tolong lah beri peringatan ini pada semua jika anda sayangkn mereka.