Aug 7, 2010
Cara Menukar Domain Dari Dot Blogspot Ke Dot Tk
Assalamualaikum, sudah lama aku tak update blog ni sejak entry yang terakhir iaitu Cara kemaskan inbox gmail anda dari email facebook yang bersepah 2 minggu yang lalu. Sepanjang blog ni tak diupdate banyak cerita yang berlaku dalam hidup aku, ha3 dan blog ni pon dah ada Facebook Fanpage, oleh hal demikian, marikan tekan button like ramai- ramai untuk kesenangan bersama. hehe.
Ouke, tanpa mengarut panjang, di dalam artikel atau entry kali ini, aku ingin berkongsi cara untuk menukar domain korang dari dot blogspot dot com ke dot tk. Seperti yang korang tahu atau tidak tahu, domain dot tk ni percuma dan tidak perlu bayar walau sesen pon. Kebaikkannya ialah boleh menjadikan domain blog kita menjadi pendek, padat, mudah diingati dll sebagai contoh tukar dari "www.94studio.blogspot.com" ke "www.94studio.tk". Tetapi ditegaskan di sini, sebarang masalah, kejadian, atau apa- apa sahaja yang tidak diingini berlaku apabila ikut tutorial ni, jangan sebut nama aku, ha3 takut tak takut tak?
Dont worry, kalau ada sesiapa yang memerhati atau follow blog www.roul.tk, tak pernah pulak aku tengok ada masalah kat blog dia kan?. Lawa, cun, dan hensem lagi blog tu. Tak percaya gi try jenguk dan boleh contact beliau untuk maklumat yang lebih mendalam tentang domain dot tk ni kerana tutorial ni dibuat mengikut tutorial beliau, cuma aku olah sikit dan buat semula mengikut caraku untuk lebih faham dan mudah diikut secara taklif, hu3. Cuma ikut syarat ja, syaratnye dalam 90 hari paling kurang kene ade 25 trafik
Pendahuluan perenggan yang ke empat, ok, tapayah banyak cakap la, sapa nak buat, ikut step- step di bawah sebijik sebijik na. Tutorial ini khas untuk pengguna www.blogger.com sahaja. Mulai.
1) First, pergi ke laman Dot Tk
2) Dah pergi situ pilih la domain yang korang nak sampai la dapat domain yang masih available.
3) Apabila domain yang korang pilih tu masih available (tidak dipakai lagi) akan keluar seperti gambar di bawah. ade tulis "This domain is still available"
4) Tick kan pada "free domain" dan klik "next"
5) Selepas itu klik option Use "DNS for this domain"
6) dan pilih / tick kan pada "Use my own DNS Services"
7) Kemudian isikan tempat kosong dengan memasukkan "ghs.google.com" Sila copy and paste perkataan itu dan masukkan ke tempat yang disediakan. ( rujuk gambar di bawah )
8) Kemudian isikan alamat emel korang dan huruf captcha then klik next.
9) Next, Isikan nama korang dan password. Password ini digunakan untuk login ke account dot tk. Selepas itu tekan next.
10) Kemudian login ke email korang ( emel yang korang isi pada step 7 ) untuk melihat email yang diberi.
Dalam emel tersebut akan diberikan butir- butir yang telah diisi oleh korang seperti email dan password. Confirmation code akan disertakan sekali dalam emel tersebut. Klik pada link yang telah diberi dan korang diminta untuk mengisi kode yang telah diberi dalam email itu. ( kalau tak jumpa email tu, cari dalam spam, selalunya melelong kat situ )
11) Account dot tk korang akan di active kan selepas submit kode tersebut dan sila login account dot tk korang menggunakan emel dan password yang telah korang isikan sebentar tadi.
12) Selepas login account korang, pada panel sebelah kiri iaitu My Domains, Klik My domains > List my domains.
13) Pada halaman List my domains pilih domain yang korang buat dan klik modify.
14) Selepas itu, korang mempunyai beberapa pilihan, sila pilih "Use Dot TK Free DNS servise" Kemudian klik "configure" di sebelah kanannya.
15) Pada kolum "Type" terdapat 3 pilihan Record, iaitu : A, CNAME dan MX. Pilih :
Type = CNAME
Host Name = www.namadomainkorang.tk ( contoh aku isi dengan www.94studio.tk)
IP Address = ghs.google.com
Supaya blog kita tetap dapat diakses dengan atau tanpa WWW, tambahkan lagi Type record, kali ini bukan CNAME Record, tetapi A Record. Isi dengan :
-Type = A
-Host Name = namadomainkorang.tk ( tanpa WWW, contoh aku isi dengan 94studio.tk )
-IP Address = 216.239.32.21
Tambahkan “add another hostname” A Record dengan IP yang berbeza sebanyak 3 kali lagi. Masing-masing pada kolum IP, Isi dengan :
-216.239.38.21
-216.239.34.21
-216.239.36.21
Sehingga ada 4 setting Untuk A Record dan satu setting untuk CNAME Record seperti gambar di bawah.
15) dan yang terakhir log in ke dalam blogspot dan pergi ke setting => publishing => custom domain => switch to advance setting
masukkan nama domain yang dah korang register kat Dot Tk tadi dalam kolum yang disediakan. rujuk gambar di bawah.
Masukkan verification word dan tekan save settings. korang mungkin kena tunggu selama 15 minit bagi domain tu aktif. Maka selesai, sekian sahaja. Wsalam..
Labels:
tutorial
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
tak ada ape-ape risiko ke selama 90hari tu?? kot laa nanti blog hilang ke ape ke..uwaaa mahu tak meraung nanti huhu T____T
salam bro,ko tak nak buat ke? hurm.. memang tak da apa-apa effect ek? hurm..hajat nak buat..tp tidak apalah..kih3.. memandang tenet slow tahap cicak kepananan 16 merangkak mencari makanan.
lain kali sajalah ku try..kih3..
amacam sekrang? sudah lama menghilang?
@zati
insyaallah xdak apa2..naim bt kat http://www.ipokzs.tk lame da terbiar..ade jew blog tu..hu3
@Amir Izzat
xmaw..malas gna domain free..hu3 bek dot com..cewah..padahai det pon xdak..
ho3..lame suda loo...sori..aq bz kot..lg pon x taw nk tulis ape...hu3 ko shat? he2
salam naim ! sebenarnya ada cara yg lebih mudah untuk tukar ke dot.tk
@Hadi Cemas
wsalam..adeke..ade gi satu cara yg aq taw..tpi tu forwarding domain.. blogspot.com tetap ada..dot tk pon ade..ade 2 blog..care tu cane? he2
good job babeihh.. ai pon suka dot com terus.. hehe
panjangnya tutor.. hikhik.. teruskan usaha murnimu..
@RedBoy
hu3..smoga dpt bt dot com tu..aq lpas kawen boley la bt..kah3..
saja ngada bt pnjg2...he2..ok..tq supprt
wa...nice entri nie..
siap bagi step by step..
ehehehehhehe..
dot tk?
erm..
kalau tukar,komen2 lame hilang ke tak?????
ala,xbest la klao kne maintain 25 trafik....ahahhaa
jom bace entri terbaru nas klik:
jom berkaraoke!!
@AnWaRnAiM
boleh je ,nanti aku post kat blog ,
@AnWaRnAiM, InsyaAllah.. amin..
uiiittt.. lambat lg tu.. ko kumpul la duit dr skrg..
owh.. ngada2 je u ni..welcome..
@nas
haha..mmg step ny step gla..
klaw tuka insyaallah akan ilang..hu3
ala...trafik 25 90 ary lew..sehari pon leh dpt 20 kan..
@Hadi Cemas
ok..thx..
@RedBoy
haha..saje jew..mnunjukkan aq malas maw tuka lew..
Ok, donc j'ai regardé autour de beaucoup à ce sujet et je continue à trouver des trucs comme VNC (ou VNSea) qui vous permet d'accéder aux ordinateurs de votre réseau WiFi, mais tout cela vous obliger à installer quelque chose sur l'ordinateur lui-même. Y at-il un moyen d'accéder à l'ordinateur sans même toucher à l'ordinateur?. . Merci à l'avance!.
Post a Comment