Mar 19, 2012

Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati


Assalamualaikum dan salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.

Untuk merealisasikan projek ini, pihak Denaihati akan mengadakan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat tentang Seminar WordPress Akademi Denaihati ini adalah seperti berikut:

SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPAT : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH : 14 – 15 April 2012
MASA : 9 Pagi – 6 Petang
YURAN : RM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012) RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)

Mereka yang mendaftar dan menyertai Seminar WordPress Akademi Denaihati ini akan mendapat perkara-perkara berikut:
  • Pelajari asas pemasangan WordPress bagi membina blog yang bermutu
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
  • Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.

Tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging dan juga kepada mereka yang ingin bertukar daripada Blogspot ke WordPress, atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami ilmu WordPress.

Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh daftar dan buat pembayaran ke akaun berikut:

CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)

Setelah selesai buat pembayaran, sila emailkan kepada kami butiran berikut ke akademi@denaihati.com
  • Nama
  • No Telefon
  • Email
  • Bukti Pembayaran
  • 3 Nama Pilihan Domain

Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya. Di bawah adalah map untuk ke Hotel Singgahsana:


View Larger Map


Ini merupakan event pertama seumpama ini di adakan oleh pihak Akademi Denaihati. Akademi Denaihati ingin pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan lebih ramai graduan yang boleh membina kerjayanya melalui internet. Adakah anda ingin bersama kami?

NOTE: Akademi Denaihati ada tawarkan topup RM10 PERCUMA untuk semua. Maklumat lanjut boleh tengok di blog Denaihati.com

5 comments:

kopi luwak said...

semangat pagi sukses selalu yaaaa!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AQ NaiM