Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Feb 20, 2012

Jenama- Jenama Terkenal?

Bijak..

Assalamualaikum. Pernah tak korang gelarkan sesuatu benda yang berjenama dengan jenama yang lain?  Senang kata, macam mi segera la, tak kira la jenama indomie ka, mi sedaap ka, cintan ka, semua ni kita panggil maggie. kan? huhu. Fenomena ni berlaku mungkin kerana:

Nov 20, 2010

Kejap2! Jom Exchange Link Dengan Naim? Thank You :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ni aku tujukan khas dan special kepada semua blogger, huhu. Exchange link bermaksud bertukar- tukar link. Contohnya, "ko letak backlink blog aku dalam blog ko, aku letak backlink ke blog ko dalam blog aku". Actually banyak kebaikkan yang kita boleh dapat dari aktiviti exchange link ni.

Jun 13, 2010

(Repost) Kawan Baik



Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baik baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia- sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikkan. Kawan yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak kawan yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi kawan menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita. Kita kawan kan3?

Jun 8, 2010

Adam & Iman

hiasan semata mata

Assalamualaikum, ni ada satu cerita yang kawan aku nak kongsikan bersama, tq erk kawan ku itu.. cerita ni ada maknanya tersendiri. Mari menghayati ..

Ade satu pasangan kawan yang selalu study sekali ar,sampai lepas SPM. Yang sorang tu name dia Adam, yang sorang lagi Iman. Iman ni kira seorang perempuan yang baek, sopan, pakai tudung pon labuh, dan yang baik- baik lah ada kat dia. Iman ditawarkan ke universiti dekat luar negara. Adam dikhabarkan oleh sahabat kepada Iman. Adam tertanye- tanye, "kenape Iman tak bagitau sendiri?? dan kenape Iman tak belajar kat malaysia je??"

Selang beberapa tahun, lahirlah Adam yang berjaya dengan kerjayanya. Time Adam ni tengah kerje, tiba2 kawan Adam tanya,
"Adam,ko taknak kawen ke??"
Adam jawab, "err,takde jodoh lagi la.."
"alaa...macam la aku tak tawu, ko tengah tunggu Iman"

Dan pada suatu hari, time adam tengah lunch dengan kawan- kawan die, Adam ditegur oleh seorang perempuan cun, pakai gaun kaler putih, rambut lurus panjang, memang habes cun ar. Adam tengok senyapp jew, terkesima sebentar. Pastu perempuan tu tinggalkan note nak jumpe Adam kat satu kedai ni. Maka, Adam pon pergi dan berlakulah perbualan diantara mereka berdua.

Adam: Kenape Iman berubah?? Kenape Iman tak pakai tudung??
Iman: Mase Iman belajar kat US dulu, ade lecturer tu kate kalau nak masuk kelas die, tak buleh pakai tudung. Iman pikir antara harapan mak nak Iman belajar kat uni tu dengan bukak tudung. Keputusannye Iman tak pakai tudung.

Adam keluarkan 2 biji coklat. 1 berbalut cantek, 1 lagi dah terbukak dan dah jatuh. Adam tanye

Adam: Kalau Iman, Iman nak pilih yang mane?
Iman: Iman tawu, semua orang nak yang berbalut..
Adam: tak! kalau Adam, Adam akan amik yang jatuh tu,Adam bersihkan dan adam balut balek elok2.

menangis si Iman tu...Isk3
Kongklusinya semua lelaki nak yang elok~! tapi dalamnye.. kalau setakat luar ja cantek dalam buruk sapa pon taknak.Lagi, pandai2 la korang pikir nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerita ni..hu3 Wsalam..

Apr 18, 2010

Jom dapatkan T-Shirt Free!! (Terhad)


Assalamualaikum dan selamat pagi.Tajuk entry ini bukan wayang semata-mata,ha3 sapa nak T-Shirt Free?? Sapa tak mau barang free kan. Tapi aku tengok dalam katon shin chan dia kata barang percuma semua tak boleh pakai,kah3 abaikan.Tapi dah ada depan mata balun la,ha3 Aku bukan taw malu, kawan2 sua makanan aku bantai.

ok, NetQueen.com.my ade offer dekat first 100 register akan dapat T-Shirt free.Jadi, sapa nak T-shirt Free cepat join netQueen sementara stok masih ada! kejap,rasa lain macam jew...

Setelah 20 minit punggah/belek2 laman netQueen.
Alamak..yang join semua pompuan.Baju pompuan ka.. adoyai~ baju pompuan ka?


Aku tengok semat ja~ha3..biarjela..k, sapa yang dah register ada syaratnya nak dapat T-Shirt ni,Syarat yang mudah.

1.Daftar sebagai ahli netQueen
2.Masukkan blog ini ke bloglist korang.
3.Buat satu entry tentang netQueen
4.Letakkan gambar banner(yang kat atas tu) kat sidebar korang dan linkkan ke netQueen
5.Promotekan kepada 5 rakan blogger anda.

Aku promote kat :
1.Kakmira
2.Kakzaty
3.BroRazis
4.BroFitri
5.BroLeoPardus
dan korang yang bace entry ni,hu3

6. Tinggalkan komen dan di netQueen dengan menyatakan

''Saya telah laksanakan semua syarat yang diberikan dan saya adalah ahli netQueen''beserta alamat blog.

Siap,jadi sapa nak barang free ni boleh ke netQueen sekarang.Wsalam.

Mar 8, 2010

Wahai Remaja ...

Assalamualaikum...




Wahai remaja yang merokok
Berhentilah sebelum bongkok
Lebih baik engkau buka kedai songkok
Tidak pun belajar menanam pokok

Wahai remaja yang melepak
Berhentilah sebelum kena sepak
Lebih baik engkau tolong mak bapak
Tidak pun buat lah kerja yang gempak

Wahai remaja yang menghisap dadah
Berhentilah sebelum terima padah
Lebih baik engkau jadi pakar bedah
Tidak pun menjadi menteri besar kedah

Wahai remaja yang pemalas
Berhentilah sebelum kena libas
Lebih baik engkau jadi pemandu bas
Tidak pun jadi pengerusi syabas

Wahai remaja yang suka mencuri
Berhentilah sebelum kena gari
Lebih baik engkau jadi perdana menteri
Tidak pun engkau jadilah pengedar kereta Ferari

Wahai remaja yang otai
Berhentilah sebelum kena bantai
Lebih baik engkau tanam petai
Tidak pun jadilah peronda pantai

Wahai remaja yang suka membuli
Berhentilah sebelum kena buli
Lebih baik engkau buka kilang guli
Tidak pun jadi penternak ikan keli

Wahai remajah yang menonton filem lucah
Berhentilah sebelum rahsiamu pecah
Lebih baik engkau jadi seperti imam Ibnu Majah
Tidak pun jadi pengerusi silat lincah


Mar 7, 2010

Renungan...


Kalau anda fikir anda islam bacalah..kalau tidak..Allah saja yang tahu..


Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....
kalau lebih duaminit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
MahaPengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and
membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih
kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn cerita di atas.selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul
beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak
kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut
terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada
tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama



so...kalau korang ada kat tempat tu korang akan jadi 40 makmum tu atau 1960 hipokrit tu??
renungkanlah...
wallahuaallam..


Feb 25, 2010

Raja VS Raja segala Raja

Assalamualaikum..
Entry kali ini aku ambil dari majalah ujang karya tok puteh...
Untuk sesiapa yg tidak tahu, Tok Putih nih nama pena untuk sesorg dalam majalah ujang ni..dia selalu berkarya mengenai agama..
w0keyh...tak nak banyak cakap... :----

Eloklah kita beradap dengan raja tapi kenapa kita beradap sangat dengan RAJA SEGALA RAJA? Ni bukan sembah derhara tapi sah sah masuk neraka.Korang rasa korang tu sapa?King kong?

bila dengan raja , dijemput ke istana gembira tak terkata..
bila dengan raja segala raja, jemput ke masjid buat dek je..

bila dengan raja, pakai smart habis, siap tempah spesel lagi gitu..
bila dengan raja segala raja, solat pakai pelikat, kadang2 tak berbaju..

bila dengan raja, nak ke istana besok, malam ni dah bersiap..
bila dengan raja segala raja, nak ke masjid liat, malam nak tahajud jangan harap..

bila dengan raja, dia suruh apa pun kita buat tanpa banyak cakap...
bila dengan raja segala raja, dia suruh solat pun tak buat, kalau buat pun sambil sangap...

bila dengan raja, apa dia tak suka kita tak buat, takut dikata derhaka..
bila dengan raja segala raja, kita buat apa kita suka, tak takut neraka..

bila dengan raja, tak kira siapa kita, depan dia semua rakyat biasa..
bila dengan raja segala raja, kita kira siapa kita, org besar duduk saf depan tu dah biasa...

bila dengan raja, bila dia ada kita rasa hina, rasa rendah diri...
bila dengan raja segala raja, mana pernah Dia tak ada tapi masih jugak tak sedarkan diri...

bila dengan raja, bila nak mengadap punyalah takut, rasa longgar sendi lutut...
bila dengan raja segala raja, mana ada takut, tu yang solat otak melalut...

bila dengan raja, dipanggil mengadap pun dah rasa bertuah..
bila dengan raja segala raja, dengar azan pun kita menyampah...

bila dengan raja, sanggup tunggu berjam2 lamanya untuk berjumpa..
bila dengan raja segala raja, solat lima minit pun dah kira lama...





itu sahaja karya beliau..amcam?? ada tersentuh sedikit tak hati??hoho... mmg kita slalu melebih2kan manusia melebihi pencipta kita sendiri...sama2 kita renungkan..yg baik jadikan pedoman...yang jahat jadikan sempadan...
wsalam..


AQ NaiM