Bijak.. |
Assalamualaikum. Pernah tak korang gelarkan sesuatu benda yang berjenama dengan jenama yang lain? Senang kata, macam mi segera la, tak kira la jenama indomie ka, mi sedaap ka, cintan ka, semua ni kita panggil maggie. kan? huhu. Fenomena ni berlaku mungkin kerana:
1) Nama Maggie lebih senang dan lazat disebut berbanding mi segera itu sendiri.
2) Iklan Maggie yang berleluasa dan mengaum sehingga telah menanam jenama tersebut di bawah minda separuh sedar kita.
3) Dah terbiasa dari kecik- kecik dengan panggilan tersebut.
Walhal, jenama Maggie tu sesuatu brand yang besar, sos ada, kicap ada, rempah pun ada. Maknanya teknik perniagaan jenama Maggie telah berjaya menguasaai pasaran mi segera di Malaysia dan selepas ini, segala produk dan jenama makanan mi segera yang dikeluarkan akan dipanggil dengan jenama maggie. Right? Jenama Maggie telah sinonim dengan produk Mi segera.
Sebenarnya takdak apa pun, saja syok- syok cakap pasal ni. hehe. Kat bawah ni, aku tarok antara jenama- jenama yang mengalami fenomena seperti di atas.
1. Ubat gigi
Safi, Mu'min, Darlie, Fresh & White dll. Orang panggil Colgate.
Abang, colgate dah habis~ tolong beli colgate mu'min ye
2. Mi Segera
Indome, Cintan, Mee sedap, Adabi dll. Orang panggil Maggie.
Lapor la~ nak makan maggie cintan la..
3. Thumb drive
Kingstone, Apacer, dll. Orang panggil Pendrive.
Pendrive jenama kingstone aku hilang time pergi cc tadi, bengang kut.(kisah benar)
4. Filem fotografi
Fujifilm, erk~ apa lagi ye? btw, Orang panggil Kodak.
Reka la sendiri dialog.
5. Mac.
Ada ka orang panggil windows?
A: Ko pakai windows apa?Okay, yang dialog atas ni bukan minda separuh sedar, tu minda tak pernah sedar, haha, untuk perkara- perkara yang berkenaan IT ni hati- hati sikit, tak pasal- pasal kena cop noob karang. Biasa la, orang la ni kan pandai- pandai, haha. peace! :D
B: Aku pakai windows mac..
A: noob..
1 comment:
sama hal nyer ngan planta n mentega
Post a Comment