Dec 10, 2010
Muslimah? Awas! 13 Aurat Yang Wajib Dijaga
Assalamualaikum. Dalam entry ni aku nak berkongsi artikel yang diperolehi dari internet yang mengenai 13 aurat yang perempuan perlu dijaga. Rasanya dah lama sangat aku tak kongsi artikel islam macam ni. Hmm. Semoga entry ni bermanfaat untuk golongan muslimah. Baiklah, 13 aurat yang wajib seseorang muslimah jaga ialah :
Nov 4, 2010
Happy Deepavali? - Islam Tak Boleh
Assalamualaikum. Kali ni nak kongsi satu artikel yang sahabat saya kongsikan kepada saya. Seperti yang anda semua tahu, perayaan Deepavali sedang di sambut oleh kaum yang beragama hindu dalam sekitar minggu ni. Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka? Atau memberi ucapan kepada yang muslim sendiri???
Oct 30, 2010
Sapa Kata Kapel Haram Ha?

Assalamualaikum. Amacam, hot tak tajuk entry kali ini. Memang tumpuan remaja zaman sekarang, huhu. Dush3. Nak taw tak? Kapel mane ade haram, bez tak? Just tengok gambar kat bawah ni untuk jawapan segala kemushkilan, huhu.
Oct 23, 2010
9 Jenis Wanita Yang Ada Di Dalam Neraka
Assalamualaikum. Kaifahalukum? Saya sihat, he~ Moga- moga semua dikurniakan kesihatan yang baik baik saja. Kali ni nak share artikel yang saya dapat dari facebook. Artikel ini mengenai jenis- jenis wanita yang ada di dalam neraka. Semoga artikel ini dapat menjentik hati kita walau sedikit, dan renungkan!
Sep 22, 2010
Anda Belum Matang Sekiranya ...
Assalamualaikum. Entry kali ini untuk peringatan bersama. Bende yang kawanku suruh letak kat blog ni, hasil olahan buku Tentang Cinta yang beliau beli. Teringin nak beli buku tu, kawan cakap buku tu memang sesuai untuk remaja- remaja sekarang dan sememangnya makan dalam, huhu. Baikla, jom baca.
Sep 18, 2010
3 Cara Bersyukur
Aug 12, 2010
UPDATE: Fadhilat Solat Tarawih Adalah Palsu
Assalamualaikum, banyak kelebihan yang kita boleh dapati dalam bulan Ramadhan dalam pelbagai aspek. Yang pertama, sekolah balik awal. Kalau tidak hari- hari balik pukul 2.30 + petang. Bulan Puasa ni dapat la merasa balik pukul 1 lebih. Yang kedua, sekolah balik awal dan yang ketiga sekolah balik awal. hua3 takdela, just joke. Kalau ada kelas tambahan balik lambat jugak. Actually, aku tengah down la now , hailooo,hu3
Aug 11, 2010
3 Tingkatan Puasa
Assalamualaikum. Pada awal ramadhan ni, aku cuba untuk menulis sedikit sebanyak ilmu yang ku dapat dari majalah solusi semalam di dalam perpustakaan masjid sementara menunggu waktu isya' masuk dan menunaikan solat sunat tarawih buat pertama kalinya dalam tahun ini.
Jun 30, 2010
7 Pahala Mati
Assalamualaikum, pukul 1.10 petang aku update blog ni, selalunya aku balik rumah dalam pukul 2.30++ Ni semua sebab hari ni aku tak pergi sekolah, sebab ape? sebab ni. Ok, hari ni aku nak berkongsi satu perkara iaitu 7 macam/jenis pahala yang dapat diterima sesudah mati. Ku jumpa di fan ( fan ke? fan kot) PAHALA selepas mati.
May 5, 2010
Petua Mencuci Hati
Ok, meh nak kongsi satu benda yang kudapat dari facebook.Segala aspek dalam kehidupan ini bermula daripada hati. Jadi kat bawah ni ada beberapa cara bagaimana nak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah, jadikan hatiku bersih.
2.Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa2 diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3.Solat taubat - Selain dapat memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4.Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah'' 3 kali.
5.Berma'af- ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa minta maaf perlu sebutkan "maafkan aku law wat salah kat hang no" dll.
6.Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah- rendah kebolehan diri sendiri. Katakanlah aku sebenarnya (.........) perkara yang elok2 sokmo.
7.Program minda/Cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati " Ya Allah, cuci otak aku, cuci hati aku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif, ada gaya mutu keunggulan" ( dan lain2 apa yang korang nak cakap). Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - Cubalah!
8.Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9.Cuba ingat tentang mati time nak buat sesuatu kejahatan.
Belanja orang makan, bersedekah, kekalkan wuduk, berkawan dengan ulama, menjaga pacaindera dll. Oleh itu, jangan lah bertangguh lagi, jomlah sama2 kita mengamalkan,hu2.. Wsalam..
Apr 23, 2010
Luasnya Neraka!!!
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Masyaallah, mudah-mudahan info ini dapat menjentik hati kita. Wallahua'lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan- keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Wsalam..
Apr 17, 2010
Jalan Menuju Syurga
1. Tidak terpaut hati dengan dunia dan bersungguh-sungguh dengan urusan akhirat.
Apr 5, 2010
15 Perkara Penyebab Bala

Assalamualaikum.Just untuk peringatan diri sendiri dan renungan kita bersama.
2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)
3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)
4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)
5. Anak menderhakai ibunya
6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya
7. Ayahnya (pula) disingkir jauh
8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)
9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)
10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya
11. Arak menjadi minuman lumrah
13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung
14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)
(Hadith riwayat Tirmizi) "
Apr 1, 2010
Ada Apa Dengan April Fool
Yang masih tak tahu,Nak tahu cerita?April Fool mula disambut sewaktu kejatuhan umat Islam di Sepanyol.Kerajaan Islam sebenarnya sudah lama bertapak di Granada,Sepanyol,tapi akhirnya runtuh tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol[Moors] terpaksa berlindung di dalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri.Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 islam di Sepanyol.
Penduduk2 muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di perlabuhan.Orang2 muslim yang bimbang sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya[1 APRIL] ,mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan dan menuju keperlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kerana semuanya telah dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemua lelaki,perempuan dan juga anak2 kecil.Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya diraikan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah diserata dunia.
Kongklusinya,sama2lah kita ingat mengingati sesama kita,sampaikan cerita disebalik April Fool kepada yang tak tahu lagi supaya tidak ada lagi umat Islam yang menyambut April Fool walaupun hanya berniatkan gurauan.
Sekian,wallahualam,wsalam..
Mar 18, 2010
3 jenis "NUR" cahaya Di akhirat kelak
Mar 3, 2010
4 Kelebihan umat Muhammad S.A.W
Feb 27, 2010
MAKSUD IDOLA
Assalamualaikum..
Isuhangat | Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.
Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :
1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.
Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu taksub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.
Wsalam..
Feb 26, 2010
Membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari
ni bukan cerita aku..
aku dapat kat sini...
saja nak share... :) :-
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang
dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang
telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku
lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca
horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya
Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama
seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email
tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau
di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka
percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan
tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu
berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca
ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya
tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula
ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah,
menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi
wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa
dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan
perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum
Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat
Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang
kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya,
maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan
termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi
Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9
yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang
mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari
perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana
Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka
membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada
suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya
terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang
diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap
hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan
hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak
memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan
untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah,
kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang
dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek
psikologi.
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu
benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan
mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan
tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka
yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah
sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah
murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu
kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah
disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi
itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah
mereka.
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum
boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara
suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri
yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan
berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang
lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang
taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga
golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal
barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di
langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta
Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika
diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta
terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu
berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai
Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu
berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali
sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh
lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20
Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama
Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi
bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan
bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun
banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung
sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak
perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan
membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana
boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..
Wasalam..
Feb 23, 2010
Cara tengok kasut kulit babi

Feb 22, 2010
Matikah hati??
1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

















