Jan 14, 2012

Azam Tahun 2012

rembat kat google, maaf tuan punya pic. lawa!

Assalamualaikum. Baru balik dari pupis tadi, tiba- tiba dengan secara tidak sengajanya (konon) nak tulis azam aku untuk tahun 2012. Bagus jugak kalau buat entry pasal azam ni, kalau tak sebelum ni orang duk cakap pasal azam aku ignore je =..= Orang takdak matlamat hidup betul, ahaha. Tuanbri cakap, percayalah! AZAM kita akan lebih mudah tercapai kalau kita menulis azam kita berbanding simpan dalam kefala hutak. 

Betul kan? Sebab bila kita baca azam yang ditulis, insyaAllah akan menaikkan semangat untuk melaksanakannya. Tambah- tambah untuk orang yang mudah lupa, bila baca ingat balik. Oukeyh, bawah ni aku listkan azam aku yang tak seberapa untuk tahun 2012 ni.

1) Dekatkan diri dengan Allah.
Melihatkan azam sahabat aku seperti ini, aku pun berasa terpanggil untuk melaksanakannya. Bermakna, aku akan cuba jauhkan diri dari perkara- perkara yang tak dak faedah. InsyaAllah.

2) Jadi anak yang baik, soleh, dan hensom.
Saya nak jadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya berbanding tahun- tahun sebelumnya, dengar cakap mak bapak, takmo tangguh kerja yang diorang suruh, cuba zahirkan kasih sayang yang lebih hakiki terhadap mereka, huhu. Selain itu, nak jadi contoh yang terbaik untuk adik- adik. InsyaAllah.

3) Improve communication skills.
Ok, i ni sebenarnya pemalu bagai tikus berjumpa manusia. Kalau nak cakap depan khalayak ramai apetah lagi. But, i'll try! Nak jadi macam bapak aku. Antara usaha yang saya lakukan secara tidak langsung, kerja aku, jadi cikgu kat maahad tu. Mula- mula masuk kelas macam tontoi ja, lama- lama da oke!

4) Kumpul duit nak kahwin.
Orang kata nak sambung belajar nanti komfem nak guna duit yang banyak. Memandangkan aku tengah tunggu result, better mengamalkan amalan berjimat cermat, haha.

5) Selalu update blog.
haha, jarang dah aku update blog sekarang ni. Bz la katekan (konon). Takdela, cuma tak berkesempatan.

6) Laksanakan azam- azam tahun lepas yang masih belum tercapai.
Nak tau azam- azam tahun lepas aku yang masih belum tercapai? Ianya ialah Laksanakan azam- azam 2 tahun lepas yang masih belum tercapai. Kalau azam 2 tahun lepas tu aku pun tak ingat.

Oukeyh, itu sahaja. Actually, ni entry dua dalam satu, entry contest yang dianjurkan oleh Tuanbri. Tarikh tutup 15 Januari, hari ni 15 januari, rasanya sempat lagi kan Tuanbri noh? haha.


Pertandingan ini dianjurkan oleh www.Tuanbri.com dan turut ditaja oleh

7 comments:

Admin said...

selamat aktif berblogging!
lama tak nampak entry baru, hehe
selamat tahun baru :)

Dr Amira Atiqah said...

salam.
hamboi.
haha betul jugak an,
akak letak dalam kefala hutak jugak,
dah tua tua ni malas da nak list.
haha alright moganya akan jadi anak yang baik dan handsome *backspace* :P dan jadi cikgu yang baik. amin.

Ckin Kembaq said...

moga2 tercapai azam tu naa.. ^_^

Unknown said...

@ahsfantasy24
yep..trima kasih.. slamat thun bru jgak :)

@Amira Atiqah,
wsalam,
naim klau ikutkan pun x list, haha
orite, mekaseh yep :) handsome tu potong..haha

@Ckin Kembaq,
wah, trima kasih naa n_n

Jannah said...

lama betoi x update.

Unknown said...

@AtengAnna
a ah..lama betoi kan..tapi dah update..huhu

Oglasi za pse said...

Hi, great post ;)

AQ NaiM