Jan 5, 2012

Goodbye December 2011, Welcome January 2012!

Asrama sabar tercinta~

Assalamualaikum. Entry ini adalah entry pertama dalam tahun 2012. Tahun untuk menjalani kehidupan sebagai seorang budak lepasan sekolah. haha. Selamat tinggal zaman persekolahan, selamat tinggal tahun 2011, aku pasti merinduimu selalu. Adehh, sedihnye la rasa nak tinggalkan sekolah kan, tapi best, haha

Dan sementara menunggu result SPM yang agak lama ni, boleh la aku buat perkara- perkara yang berfaedah, hoho. Mengikut maklumat yang aku dapat dari my friend, tarikh keluar result SPM tahun 2011 ialah pada 22 March 2012 ( 22.3.2012 ), boleh ambil kat sekolah. Betul ke tarikh ni? Ok, antara benda- benda berfaedah yang aku buat la ni ialah mengambil lesen kereta, hehe. Isnin minggu depan da boleh start latihan 10 jam, test JPJ 26 januari ni. Siap dah dapat jadual, best2, kepada kawan- kawan saye, jangan jeles~ haha

Harap- harap la dapat abang JPJ yang tidur time test jalan raya nanti, haha. Bukan apa, cikgu aku ada story mory pengalaman dia dengan abang JPJ. Dia test dua kali sebab gagal untuk kali pertama, gagal pun sebab ade problem sikit jep, terus gagal. Tension betul dia, haha. Kena la keluar duit buat sekali, tengok- tengok kali kedua abang JPJ tu tidur je time test jalan raya, dah habis test, JPJ tu bangun. "ha? da habis? ok lulus" fuuh! P/S: ade abang JPJ tak kat sini? XP haha

Ok, antara perkara- perkara berfaedah lain yang saya lakukan sementara menunggu result SPM keluar ialah (skema gila) macam biasa kalau budak lepas sekolah sementara nak tunggu result mesti nak cari kerja kan. So, aku kerja kerani kat maahad tahfiz dengan kawan aku sekali, ijai. Actually, tahfiz ni baru nak hidup, baru bukak tahun lepas, so, bantu- bantu je la. Kena jadi cikgu sekali kat situ oow~ Aku ngajo matematik, sejarah, geografi. Adeh~ tak reti aku nak mengajo ni, tapi try jela, InsyaAllah, lama- lama boleh la kan. Menimba pengalaman. Kesian budak- budak tu dapat cikgu tak bertauliah, haha.

Kesian lagi kat kawan- kawan aku yang masih menjadi penanam anggur yang cemerlang (penganggur), Harap- harap la diorang dapat nanti. My senior ada bagi tips kalau nak minta kerja, first, pergi minta kerja mesti pi sorang- sorang, jangan berteman, insyaAllah dapat. Sebab? Lu pikir la sendiri, hehe. Jadi, kalau nak kerja betul- betul, tok sah nak berteman- teman. Second, xde, dia bagi satu tips ja.

Ok, thats all for today, minta maaf andai penulisanku menjengkelkan anda. =)

6 comments:

Emmet said...

wah, post yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work!

Silent Thinker said...

sy akan meninggalkan Universiti lpas ni.will miss it..

gudluck naim tok test JPJ nnt!
=)

Dr Amira Atiqah said...

salam.
wahaha dah tak jadi budak sekolah ye si kecik ni.
alright ambil lesen baik baik.
jadi cikgu baik baik jugak,
dah dapat gaji tu, bagi la sikit ye, sharing.
haha.
seronok nya dia.
ha adik akak pun baru habis spm.
wishing you all the best.
nanti gtawu akak aw result :)

Unknown said...

@Emmet

oh ye..thx yep! anda juga :)

@silent thinker,
yep...komfem rndu..huhu thx! :)

@amira atiqah,
yeah, sharing is caring kan..dont worry, dtg je bagan serai, ahaha.. tq ye akk :)

peRmaTa_ aGamA said...

sm0ga dpermudahkan sgala urusan..=)

~ sharing is caring..(^_~) ~

Unknown said...

@peRmaTa_ aGamA
insyaAllah..thx :)

AQ NaiM