1. Dalam 1 minit anda boleh membaca 7 kali surah Al-fatihahDikisahkan, suatu ketika Rasulullah SAW melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah SWT. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat.
Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah SAW melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril AS, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril AS menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.
Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan
2. Dalam 1 minit anda boleh membaca 20 kali surah Al-Ikhlas
Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.
3. Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) Sebanyak 50 kali
4. Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 Kali
5. Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali
6. Boleh menyebut SubhanAllah, Wal-hamduLillah, Wala ilaha ill-Allah, Wa Allahuakhbar sebanyal 18 kali
Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.
Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,
Masya Allah, Sungguh besar nikmat Allah. Beruntunglah kepada mereka yang mengingati Allah bukan hanya seminit, tetapi setiap saat dan detik.
p/s : Sekadar menasihati diri ini yang kian alpha pada Rabbnya
Wallahualam..
~bulletins tag~
1 comment:
good entry :)
Post a Comment