Aug 11, 2010

3 Tingkatan Puasa


Assalamualaikum. Pada awal ramadhan ni, aku cuba untuk menulis sedikit sebanyak ilmu yang ku dapat dari majalah solusi semalam di dalam perpustakaan masjid sementara menunggu waktu isya' masuk dan menunaikan solat sunat tarawih buat pertama kalinya dalam tahun ini.


Menurut Imam al- Ghazali, puasa ( dari kaca mata tasawuf ) terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu :

1. Shaum al- Umum ( Puasa Orang Kebanyakan )
- Sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syawat

2. Shaum al- Khusus ( Puasa Khusus )
- Ini merupakan puasa orang- orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut.

● Menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama
● Menjaga lisan daripada berdusta, menfitnah dan mengucap perkataan- perkataan yang keji.
● Menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar
● Menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan- perbuatan negativ
● Menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka puasa
● Menjaga hari agar berada antara khauf ( takut ) dan raja' ( berharap ) dan sedar bahawa Allah S.W.T berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita.

3. Shaum Khusus al- Khusus ( Puasa Golongan yang Khusus daripada Khusus )

- Puasa ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Puasa pada tingkatan tiga ini boleh dikatakan sebagai tingkatan ibadah puasa yang paling tinggi dari dua tingkatan di atas kerana ia Puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran keduniaan serta mencegahnya memikirkan perkara- perkara selain Allah.

So, tengok dalam tingkatan kat atas ni apa jenis korang punya tingkatan ? aku taw aku yang mana, segan nak habaq, ha3. Baiklah, cukup sekadar di atas ni dahulu. Selamat menjalankan ibadah puasa ^__^ Wsalam..

12 comments:

Mak Su said...

aiming for the star, cuba yang tingkat ke tiga

Unknown said...

@Mak Su
jom usahakn..hu3

Unknown said...

cant get into 3..dapat yg 2 pun bagus dah ;D
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)

NAZ said...

sedang berusaha:)

Unknown said...

@iqbalsyarie
yep..btul tu..yg 2 suda bgus

Unknown said...

@naz
gudluck :)

RedBoys said...

good info.. nice..thanks ye...

Cik Tim said...

ish..insaf..insaf.. kite cube yg terbaek!! thanks 4 it.. ;D

Unknown said...

@RedBoy
same2..x dehal punye..hu2

Unknown said...

@Black_roses92
yep..btul3 :)

FCUTEAM said...

im doing tingkatan 3 rite now ^__^



Aiz latest entry
Orang bukan Islam kata Bulan Puase nih Bulan Pesta makanan?

Unknown said...

@AiZ
if you doing tingkatan 3 rite now x ngadap tenet da kot..he3

AQ NaiM