Aug 17, 2010
Tentang Maher Zain
Assalamualaikum. Peminat nasyid kini dilanda tsunami, taufan, ribut, Maher Zain termasuklah budak kelas aku. Memang ribut taufan betul minatnya. Ada yang suara sedap selalu duk nyanyi sama- sama dengan feel yang mendalam sekali, kalau yang suara tak sedap macam aku dengar jela sambil sengeh. Dekat meja tampal macam- macam asal bekenaan maher zain macam lirik lagu Maher Zain yang dyorang minat. Perh, Ustaz yang mengajar kelas kami gaya macam Maher Zain ow! cuma tak botak je, hu3 So, sekarang mahu tarok serba ringkas tentang Maher Zain.
Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.
Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.
Itu dia, mesti ramai antara korang yang menjadi salah satu peminat Maher Zain ni kan? kompem ada, hu3 Kelunakan suara beliau boleh membuatkan hati kita menjadi tenang dan damai. Lagu dari Maher Zain sangat sesuai dengan semua peringkat umur. Baby pon boleh dengar, mesra alam loo.
Lagu Maher Zain kalau nak diikutkan yang paling sedap dan nyaman didengari, entah la, bagiku semua sedap. Tapi aku suka dengar Open Your Eyes coz kawan- kawan aku selalu nyanyi lagu ni, jadi effect dia mari kepadaku, ha3. Baiklah, lepas ni akan muak lah korang dengan Maher Zain, Maher Zain, Maher Zain di blog ini, ha3 Sekian sahaja dari saya, Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
Aefa minat gak maher zain ni.. lagu hold my hand tu best.. :)
@Aefa Aerisya
hu3..x try gi tgok..but dah download smua lgu dlm album tq Allah tu..baru jew..hu3
a'ah.. skang sumer dh jangkit minat Maher Zain ni. Tentang suara, saya lebih prefer Sami Yusuf. apapon, lagu2 dia boleh tahan. :)
@~ yus ~
Mnurut my frendz...dy kta sora sami yusuf nmpk sgt kearaban dy..haha..ok la an..btol3..hu3 ngee~
I Love Barakallah :) dan Always be there :)
He's a great musician! 'Open your eyes' seems to be completely amazing song!! love it!
http://bysandraazwan.blogspot.com
yup.. maher zain memang terbaek.. lirik lagu-lagu dia memang mendalam..
suke2.
=)
@SuFian HaKim
yes..i like all..hu3
@SANDRA AZWAN
yep.same like me..he2
@blurr33
haha..mmg makan dalam no
@manna_salwa
he3 ^_^
ngah layan lagu dia ni...
best best
@Hazzy Ishak
hu3 nak join gak..ha3
best lagu dia!
Zain bikha pun best!
Sure bro!semuanya sedap!!
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan? Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~dan kisah nafsu~
@cicakgirl
yep..btul3 hu3
@iqbalsyarie
oyeah..kita geng..haha
dulu aku cakap sape la maher zain ni..semua org asyik caakap pasal dia..
then bila dengar lagu dia sampai sekaarang ketagih nak dengar...
besh3
@Khairul Azmi
yep..tw0o tape..hu3
suke lagu InsyaAllah & The Chosen One.. Sy kenal maher zain pon melalaui blogger2 lain sbl ni.. =)
@L.O.V.E hUnTeR
hu3..yep..naem pon fes time dgr kat blog kwn..he2
aku x muak @ cuak dgn maher zain.hehe..always ini my heart..like "kapal terbang" yg x mndarat2..terus je trbang. :P
haha
@wardatussofia
owh..macam tu ye..bkan ag gayat ka, hahaha..law aq mcam kapal layar yang belayar x brenti2..truus je blayar...hahaha
@AnWaRnAiM
haha..baik la~duduk la ko kat tgh2 laut yg byk paus biru itu~
@wardatussofia
hoho..sini tade paus biru loo..dy kan dah nak pupus..
salam bro apsl aku rasa ni mcm entri aku yg kau copy paste dan kau cuma tambah skit je ayat supaya ni jadi entri kau
lain kali kalau nak copy paste pun bagi la back link balik =.="
@khairil
http://zuraz.net/blog/?p=192
situ2...hehe..anyway..sori ye..slamat ary ray2 :)
@AnWaRnAiM sori la..aku xkesah la dr mana kau amek tp yg pasti aku yg olah ayat tu translate dr bi ke bm...
anyway aku x kesah sangat pun...cheers
@khairil
huiyooo! engko ke yg olah?? sori3! hehe..rmai copy paste ko pye artikel psal ni la.. law search kt google blambak kn..maaf sgt2 ye..n thx..
@AnWaRnAiMno hal bro...aku xkesah sbb aku pun perasan pasal tu bila aku search kat google tp cara dorg copy paste tanpa link back balik ke entri asal tu salah..itu namanya mengambil hak org lain tanpa izin
lg pun aku xsalahkan kau..
@khairil
hmm..mybe sorang bt pastu laen x tw0o entry yg asal dari mne..tmasok aq..sian ko..pttnye tulis,"p/s,law nk copy buh backlink ye" huhu..tapela..aq add fb ko..slamat berkenalan..huhu
Post a Comment