Aug 12, 2010
UPDATE: Fadhilat Solat Tarawih Adalah Palsu
Assalamualaikum, banyak kelebihan yang kita boleh dapati dalam bulan Ramadhan dalam pelbagai aspek. Yang pertama, sekolah balik awal. Kalau tidak hari- hari balik pukul 2.30 + petang. Bulan Puasa ni dapat la merasa balik pukul 1 lebih. Yang kedua, sekolah balik awal dan yang ketiga sekolah balik awal. hua3 takdela, just joke. Kalau ada kelas tambahan balik lambat jugak. Actually, aku tengah down la now , hailooo,hu3
Abaikan perkataan- perkataan yang aku taip kat atas tu. Hari ni semua umat islam kat planet bumi ni sudah selesai berpuasa selama 2 hari, yang tak puasa tu notink to say lew,hu3. Setakat ni aku tak lagi berbuka di rumah, hari ini dan semalam berbuka di masjid. My ayah mengajak saya ikut saja. Esok mahu menginap(ha3) di rumah kawan, insyaAllah, so tak dapat lagi berbuka di rumah ye, hu3.
Sekarang nak senaraikan fadhilat- fadhilat solat tarawih mengikut bilangan malam ramadhan, cari kat internet, memang banyak web,blog, dll yang senaraikan, tapi nak isi gak kat blog ni kan untuk anda2 dan diriku jua,hu3. Hari ni aku tak buat pulak tarawih, jem2 , apa nak jadi la ngan ko ni naim. takpe, esok menginap di rumah kawan, insyaAllah keluar ke masjid. Ok la, tak mau cakap banyak, semakin banyak perkara yang aku cakap, semakin banyak benda yang aku merapu.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus
semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu
Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam
Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
Wah3, best kan3, jadi jangan malu jangan segan, sebenarnya, jangan malas, untuk menunaikan solat sunat tarawih ni, kerana fadhilatnya tersangatlah besar. InsyaAllah tak tinggal dah kot lepas ni. hu3 sekian sahaja dari saya, mohon dimaafkan atas segala kesalahan dan kekhilafan. Assalamualaikum.
Update : Terima kasih kepada saudara kimmy atas maklumat yang diberi tentang hadith keistimewaan solat sunat tarawih adalah palsu. Hailoo, ini adalah masalah besar punya. Patutla bunyi macam hebat ja fadhilat solat tarawih ni. Ok, aku tak berani cakap banyak, just baca artikel ni. [KLIK] artikel dari blog itS aLL aBoUt JouRNey Minta maaf ye semua. dan sila baca komen yang bernas dari kak Norhayati dibawah
Labels:
islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Salaam.. bro Naim,, yang hadis ni sebenarnye hadis palsu..
read this one :
http://joegrimjow.blogspot.com/2010/08/video-tazkirah-ramadhan-hadith-palsu.html
@Kimmy
wah..mekaseh banyak2 4 this info!
apa yang sampai down tu naim?
@kimmy
setuju2.
kes ni sama seperti fadhilat membaca surah2 tertentu.
Bukan takde surah2 pilihan yang ada fadhilat tapi tidak semuanya.
Nuh Ibn Abi Maryam banyak buat hadis maudu'@ palsu tentang kelebihan surah2 dengan berniat untuk mengajak manusia agar sukakan Al-Quran.
Kisahnya apabila ditanya kepadanya kenapa melakukan hal yang sedemikian, "Bahawa saya dapati kebanyakan manusia telah berpaling dari membaca Al-Quran dan mereka amat suka membaca kitab2 fiqh mazhab Imam Abu Hanifah. Maka saya telah membuat hadis2 itu untuk menarik perhatian mereka kepada Al-Quran kembali".
Mereka yang membuat hadis palsu ni berpendapat membuat hadis palsu untuk menarik umat islam kepada ibadat diharuskan dan tidak salah sedangkan tidak. Orang seperti ini dianggap orang yang berdusta terhadap Rasul.
Hah, untuk hadis yang tak dinyatakan dalam blog yang kimmy bagi tu. Riwayat Muslim dari Ali, Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu berdusta atas namaku, kerana bahawasanya barangsiapa yang berdusta atas namaku masuklah ia ke dalam neraka"
wallahua'lam.
Opps..maaf naim.terpanjang.
@Norhayati Rostam
he3..tadepe...he3..mekaseh ats komen akk bg ni ek.. :)
tengok muka naim ni, bukan jenis cepat tensen.
hee~
hidup biar cool.
wahaha
@Norhayati Rostam
hahaha..btol3.. hidup biar selamber...ngee~
jalan2 sini.. selamat menjalani ibadah puasa naim.. (^__^)
sama-sama.. saling mengingati antara satu sama lain.. =)
err,, saudari, bukan saudara ye.. ;DDD
@naim
wahaha.bagus2.
@kimmy
yang saudari saudara tu tuju kepada siapa yer?
palsu ke? hhoho.. jap.. nak g terjah blog joe jap...
@Faarihin
ye..trima ksih faarihin..km0o jge ^__^
@Kimmy
alamak..he3..ouke2..maaf2,saudari ye..hu3
@Norhayati Rostam
kat naim kot, coz kat update tu tulis saudara kimmy...hu3
@RedBoy
hu3..ouke2
info yg bagus, nk bookmark pg ni
@MR. MIND
wah,juz kgsi bnda yg kutahu, hu3 ^__^
info y bek,, uii
ang buat entry ni time tensen ke?
owh
macam2 ilmu aku dapat
tq buat entry ni dan ada entry komen tu yer
P/S : Header Baru H.P.B Blog
@K2r~90
ha..x la tensen sgt..hu3
@hans
owhke..same2..hu3 ^__^
ermm kengkadang fadhilat ni diada-adakan untuk ajak orang semayang terawikh..
@Fitrihadi.com
erm..kalau org solat tarawih sbb nk dpt fadhilat yg plsu tu cmne...
Post a Comment