Aug 20, 2010

Segmen Tingkatkan Ukhwah Sesama Blogger


Assalamualaikum. Entry dimulakan dengan mentag RedBoy, Budak Blogger, Cik Wardatussofia dan Dauspozi. RedBoy ialah rakan bloggerku yang friendly dan sporting ( selalu ajak aku pergi bazar,hu3 ). Budak Blogger ialah seorang blogger yang berumur 12 tahun, agak mesra alam. Wardatussofia ialah sahabatku yang baik sangat. Dauspozi ialah rakan bloggerku juga dan beliau agak disegani ramai, he3. Mari kita sama- sama menghidupkan dan memeriahkan segmen yang mulia ini, kepada pembaca- pembaca sekalian juga boleh join sekali segmen ni ye.

Segmen ini diwujudkan oleh Amir Izzat bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah atau hubungan sesama blogger. Beliau juga ialah rakan bloggerku, sebaya denganku. Anda memang hebat kerana telah mewujudkan fenomena yang baru ini dan sememangnya berfaedah, gua tabik spring sama lu! hu3. Terdapat 10 Kepentingan Ukhwah yang dinyatakan di blog Amir Izzat, izinkan saya nyatakan 5 daripadanya di sini.

Pertama
Untuk mendapat keredhaan Allah kerena Allah suka pada orang yang menghubungkan ukhwah begitu juga penghuni langit dan bumi
Kedua
Kita juga menggembirakan para malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhwah.
Ketiga
Pahala yang berterusan, Dengan merepatkan ukhwah, pahala pon dapat tau
Keempat
Rezeki yang diberkati Allah. Apa yang kita dapat itu semuanya berkat
Kelima
Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian
dan banyak lagi. Boleh ke blog Amir Izzat untuk melihat selebihnya. Untuk meneruskan segmen ini, kita hanya perlu memperkenalkan diri masing- masing sahaja dalam satu entry seperti entry ini. Itu sahaja.

Baiklah, my name is Anwar Naim Bin Mohd Azhar. Just panggil naim/naem, same je bunyi. Umurku 16 tahun dan seorang lelaki. Tinggal di Bagan Serai, Perak. Sila jangan cari aku, ha3. Dilahirkan oleh ibu tercinta pada 22 Ogos 1994 di Hospital Taiping. My hobi is bermacam- macam, mengadap laptop, berjalan- jalan, bersembang- sembang, hu3. Beratku kurang 100kg dan tinggi aku lebih 10 cm, hehe.

Kawan- kawanku cakap yang insan yang bernama naim ni seorang yang pendiam, tapi kalau dalam alam maya, ish3 susah untuk ditafsirkan, hua3. Tapi aku akan cuba untuk menjadi satu, jika aku di realiti seorang yang macam tu, maka aku di alam maya juga begitu. Mengapa begitu? saja gedik, ha3. Abaikan.

Agak suka kepada warna biru seperti blog ini kerana ia membawa ketenangan abadi, hehe. Actually banyak warna yang aku suka macam hitam putih, hijau dan lain- lain lagi la. Harapanku ialah agar pembaca- pembaca sekalian dapat mendoakan yang terbaik untukku, sama- sama kita mendoakan yang terbaik untuk kita semua. Jadi, kurasakan seperti tidak ada apa yang mahu dinyatakan lagi.

Semoga jalinan ukhwah antara kita dapat ditingkatkan melalui segmen ini. Kepada sesiapa yang ingin mengikuti segmen ini boleh ke entry pada blog Amir Izzat iaitu Segmen Tingkatkan Ukhwah Sesama Blogger | Mari sertai Sekarang! dan "Sshh.. Korang Nak Sertai Segmen Tingkatkan Ukhwah Tak?" sebagai rujukan atau panduan untuk mengikuti segmen ini. Sekian, selamat beribadat dalam Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Assalamualaikum.

Ku Lakukan Hanya Kerana Allah. Untuk Mengeratkan Silaturrahim. Demi Agama Islam Yang Tercinta..

12 comments:

Unknown said...

Nice~bagus tag2 mcm ni ;)

Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan? Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~kisah nafsu~dan kisah jahiliyyah

Unknown said...

@iqbalsyarie
hehe..jom la join..

Mak Su said...

bagus dijoin acara2 sebegini, tapi bagi maksu, rasa2nya, biarlah anak2 muda sj yang aktif dlm soal ini, maksu dah tua dik... :)

all the best

RedBoys said...

naim, red rasa x boleh join.. boleh tak? ada beberapa alasan yg red tak mahu join.. nanti kita chat d FB ye.. aku bagthu kenapa, ok?

Dauspozi said...

Aku still blur... apa yg perlu aku buat?, hmmm...

Unknown said...

@Mak Su
hehehe.ok mak su ^__^
thx..

Unknown said...

@RedBoy
ok..naim x ksah..ikut suka nk bt ke tak mau..hu3

Unknown said...

@Dauspozi
kan aq tulis pergi blog izzat untuk rujukan ape nak buat.

Amir Izzat said...

salam..wah! aku panggil im ke la..boleh? hehe..kita sama umur ek? (buat2 tak tahu..)

oh ya..tang hobi ko tue..mengadap laptop..sama ar kita..haha..aku suka ngadaplaptop..kdg2 geram gak..rasa nak telan je..kih3...

ok.terima kasih ko sudi sertai segmen ini.. makin kukuhlah ukhwah kita ye.. (insyaAllah.). :)

Unknown said...

@Amir Izzat
yeee...bole3..iyela..kite same..he3

huiyo..nk telan kew..aq rsa nak gigit jew..haha

ok..sama2 insyaAllah..amin..

f.A.r.A.h said...

hijau lagi tenang :)

Unknown said...

@f.A.r.A.h
hu3..btul tu..

AQ NaiM