Sep 18, 2010

3 Cara Bersyukur


Assalamualaikum. Setiap manusia mesti bersyukur setiap kali merasakan ada nikmat, walaupun nikmat itu sedikit, tapi kerananya dia berasa tenang dan bahagia. Tidak ade jiwa yang lebih bahagia daripada jiwa yang selalu bersyukur dan tidak ada jiwa yang menyedihkan daripada jiwa yang selalu murung dan mengeluh. Sebab itu la takkan ada orang yang rugi kalau dia bersyukur sebab dengan bersyukur itu akan bagi kebaikkan kepada diri dia balik. Ada 3 cara bersyukur.



Bersyukur Dengan Hati- Ini adalah yang pertama dan yang paling penting kerana orang yang hatinya tidak bersyukur. Maka percakapan dan perbuatnnya juge tidak akan bersyukur. walaupon percakapan dan perbuatnnya bersyukur, tapi syukurnya itu takkan sempurna kerana tidak diikuti oleh hatinya yang bersyukur. Bersyukur dengan hati adalah dengan menyedari dan merasakan adanya nikmat. Hati menyedari kenikmatan tersebut dengan seorang yang hatinya selalu bersyukur, maka hatinya akan selalu merasakan adanya nikmat.

Walaupon nikmat yang dikecapi itu sedikit, tapi jiwanya tetap merasakan kehadiran nikmat tersebut dan senang dengan kenikamtannya. Hati yang pandai merasakan nikmat akan pandai merasakan syukur. Hati yang pandai bersyukur akan menjadikan nikmat tadi bertambah dan semakin melimpah. Jika hati kite bersyukur. Maka percakapan dan perbuatan kite juga akan turut bersyukur. Insyaallah.


Bersyukur Dengan Percakapan- Ungkapan syukur dan terima kasih sering diungkapkn secara lisan. Ketika menerima kebaikn dari orang, mulut kite akan mengucapkan 'terima kasih'. Ketika merasakan ada nikmat dari Allah maka mulut akan segera mengucapkan 'alhamdulillah.. segala puji bagi Allah' ucapan syukur dan terima kasih merupakan aktiviti yg sangat mudah untuk dilakukan dan tak perlu keluarkan kos.

Kekadang pihak yang memberi kebaikan tu tak mengharapkan pon balasan dan kekadang pihak yang menerima kebaikan itu sendiri tidak mampu untuk membalasnya namun, dengan adanya ucapan terima kasih yang ikhlas sudah memadai untuk membayar sebuah pemberian itu. Ucapan terima kasih akan membuatkan seseorang itu rasa dihargai dan pemberiannya tidak disia-siakan. Allah adalah sebaik-baik pemberi dan nikmat yang diberikanNya sentiasa mengalir pada kite tanpa henti. Segala pemberian2 yang kite dapat dari manusia pun, semuanye datang dari Allah. Jadi, Dialah yg berhak untuk mengambil kembali segala pemberiannya. Dan Dialah yang berhak menerima puji2an dan ucapan Alhamdulillah.


Bersyukur Dengan Perbuatan- Kalau kite setakat bersyukur dengan hati dan percakapan, tak cukup. Syukur akan menjadi sempurna dengan adanya syukur dengan perbuatan. Apabila kite bersyukur, kite harus susuli dengan perbuatan syukur yang sesuai dan dapat mengungkapkan rasa kesyukuran kite tu. Syukur dengan perbuatan adalah dengan menggunakan dan memanfaatkan pemberian yang diterima sesuai dengan fungsinya. Kalau orang yang dapat satu pemberian dan dia berterima kasih tetapi tidak memanfaatkan atau menjaga pemberian tersebut, dia akan dikatakan tidak bersyukur dengan sebetulnya dan mungkin dapat digelar 'org yg x reti nk bsyukur'

Contohnye, seseorang ni die dapat makanan, die ucapkan terima kasih kat orang yang bagi tu, tapi lepas tu die buang makanan tu kat tong sampah. So, sebenarnye die tak jujur dalam mengucapkan terima kasihnya. Orang yang jujur dalam mengucapkan terime kasihnya akan menghargai pemberian yang die dapat dna takkan mensia-siaknnya sekalipun die tak suke dan tak gune pemberian yang dikecapi tu. Die takkan mengabaikan pemberian itu dan takkan membazirknnya.

Baiklah, itu sahaja perkongsian saya pada kali ini, selamat beramal dan nantikan entry yang makan dalam dari blog ni lepas ni, ade kawan share bende suruh masok blog ni, hehe. Assalamualaikum.

9 comments:

chentaMAYA said...

thx kongsi bersama naim!~

Unknown said...

@chentaMAYA
uih..ljunye..hehe..same2!~ ^_^

ctpayong said...

alhamdulillah..sesungguhnya tiadalah perolehi kebahagiaan tanpa bersyukur kepada-Nya.

terima kasih kerana ingat mengingatkan.

Unknown said...

@ctpayong
ye..suda tgas kte prlu saling igt mngingati..same2~

Anep™ said...

aku slalu bersyukur dlm ati jer..hehe

Unknown said...

@Anip™
alhamdulillah..huhu

STV ProducTion said...

Aku Selalu Syukur .. Lafaz Niat "AlhamduLiLLah"

Unknown said...

@SuFian HaKim
lafaz syukur alhamdulillah~

MyLittleOne Shop said...

MOHON SHARE YER ADMIN.

AQ NaiM