Sep 5, 2010

Jin Online Bahasa Melayu Versi Malaysia | Game keGilaan Aku Dahulu Kala


Assalamualaikum. Kali ni aku nak cerita kat korang tentang game yang aku gila- gila punya main time aku "kecik- kecik" dulu. Woi naim, takdak kerja ka, orang dok sibuk cerita pasal raya, ko jin online pulak, ahaha. Memang aku takdak kerja. Baikla, bagi aku game Jin Online ni memang game yang best di antara game- game online yang lain. Sebab apa aku kata lagutu? Sebab ni lah satu- satunya game online yang pernah aku main, wahaha.

Actually, memang banyak lagi game online yang best- best belaka dari game ni macam cabal, ryl, dota dan lain- lain. Cuma aku tak diberi peluang untuk menikmati game- game tersebut. Tapi aku bersyukur tak dapat main game2 tu sebab dengan jin online ( yang orang duk rendahkan game ni sebab gambar tak elok, tak nampak ke"3d"nya tu sangat dan bla3 ) pon aku dah gila2 punya main, tambah2 lagi dengan game2 yang orang cakap best gila bab punya tu, gerenti aku gila gila gila of the gila punya.

Aku start main game ni time aku form 3. Pengaruh rakan sebaya, haha. Diorang punca aku main game ni. Dah la PMR, keputusan PMR pon jin online jugak ar. Sampai ayah aku pon bengang aku duk mengadap game ni. "Balik2 jin balik2 jin! Jin3!" haha.

Kenapa la aku gila sangat main game ni ha? First, mybe sebab dalam game tu aku dapat banyak kawan, last2, lost contact jugak, buang masa saja. Sorang dua saja yang masih kekal menjadi sahabat sampai mati, hua3. Second, sebab aku cari duit topup enset, haha. Fohh~ dulu game tu adalah sumber utama aku topup derr. Game pon ley buat lagutu ka? boley saja. Juai2 barang. Ada orang jual ID sampai nilai 4 angka, ish3. Ada jugak orang beli!~ hailoo. Third, game ni game buatan anak Malaysia. Siap ada bendera malaysia lagi dalam game ni. Dan memang orang cakap melayu la. Sistem pon bahasa melayu. Kalau game online lain mana ada cam gini. Fourt, Dah memang aku gila game time dulu2 nak wat camna. Dan Banyak lagi!

Tetapi, Walaubagaimanapun, Btw, Ape2pon. Sekarang ni aku tak layan da bende2 cam gitu. Sekarang ni aku dah takdak nafsu dah kat bende2 cam gitu. Sekarang ni aku dah kurang minat dah dengan menatang yang bernama "game" ni. Game kat facebook yang dulu aku duk sungguh- sungguh main pon aku dah tinggal. Game Ps2 aku pon dah berhabuk dalam almari tu (not 4 sale,hagaga) Game jin ni pon lama dah aku tak ngadap.

Sebab apa? ntah, sebab aku rasa buang masa saja. Kadang2 je main game (game bodo2 ala budak2 dajah 1 macam didigames, sebab adik2 aku selalu main, kadang2 aku join jugak,tapi tak sampai 10 minit la). hoho. Hello naim? hang taw dak duk ngadap blog ni buang masa ja? bek hang gi study. haha. Buang mase ke kawan- kawan? Tak kalau kita pandai bahagi masa antara blog dengan benda lain yang lebih penting kan? ngee~ yalatu. Terima la hakikat yang ko ni gila blog plak sekarang ni naim oi!~ Baik la. Tapi sekurang kurangnya ada gak pengisian dalam mengadap tenet ni kan. hehe.

Jadi, itulah serba sedikit tentang game kegilaan aku masa aku kecik- kecik dulu. Selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bawah ni aku letak review ngan gambar2 Game ni erk. Better abaikan, haha. Assalamualaikum.

Merupakan games maya versi malaysia yang pertama. Merupakan permainan berkonsepkan PayU2play.tiada cas atau yuran tahunan atau ahli. Permainan ini merupakan games online dan memelukan jaringan internet

- Jin adalah tunggak utama anda di dalam Jin Online. Kekuatan serangan dan pertahanan anda bergantung kepada kekuatan jin-jin peliharaan anda. Jin istimewa boleh bergabung dengan karakter dan menonjolkan bakat istimewa.

- Lebih daripada 50 jenis jin-jin boleh dimainkan di dalam Jin Online. Seperti haiwan peliharaan, ketaatan dan kekuatan jin-jin bergantung kepada kesungguhan anda. Gabungkan jin-jin untuk melahirkan pahlawan terhebat di dalam permainan.

- Jin Online merupakan permainan online yang mudah dimain dengan ciri-ciri yang menyenangkan pemain baru levelling karakter dengan cepat dan berkesan.

- Cahaya Suci (God Blessing) adalah barang maya yang membenarkan pemain menggunakan sistem canggih “Offline Training”. Sistem “Offline Training” membantu levelling karakter dan jin-jin walaupun anda sudah tidur.

- Kemahiran XP adalah kemahiran istimewa yang dapat membunuh raksasa kuat dengan satu serangan. Setiap kemahiran XP menampilkan efek istimewa.

Kepada sesiapa yang nak try boleh download atau apply CD percuma kat website ni.
Boleh niaga- niaga

boleh buat istana
Boleh kawin2

boleh buru- buru. dan lain2

11 comments:

Anip™ said...

aku ade gak men game nie..tp mcm susah jer..xtahu nk maen cmner..hmm..

AnWaRnAiM said...

@Anip™
owh..aq men bley blah gak ar..huhu..

cybernetic88 said...

jin on9 xpnh men. tp mmbr dlu snggp r gme ni. haha. mcm ko r. blk2 je men jin. grr. gila ke ape :P
gme len aku pnh men.ehe

hans said...

free ke?
kalau free nak la aku main

P/S : Tips - Tips Bagaimana Nak Mendapatkan Duit Raya Yang Banyak

AnWaRnAiM said...

@cybernetic88
huhu..game ape ko men..mmg sangap men game ni..wakaka..tpi dulu lew..

AnWaRnAiM said...

@hans
mmg free pon..tpi nk donload tu law pkai tenet mmg susah la..law pkai cd sng ckit..tempah jew..free..

hans said...

loh
ada ker cd dia?

P/S : Tips - Tips Bagaimana Mahu Mengelak Daripada Memberi Duit Raya Dalam Jumlah Yang Banyak!

AnWaRnAiM said...

@hans
ade lew..ko pg jew site dy...huhu

Mey said...

"Balik2 jin balik2 jin! Jin3!".... haha.. sebijik cam ayat mak aku...

AnWaRnAiM said...

@Mey
wahahaha..mmg bez~

Ajeyy Khalid said...

Wahaha !
Naem aku ada main game ni .
Seerver Tun Mahmud :)