Jun 30, 2010

7 Pahala Mati


Assalamualaikum, pukul 1.10 petang aku update blog ni, selalunya aku balik rumah dalam pukul 2.30++ Ni semua sebab hari ni aku tak pergi sekolah, sebab ape? sebab ni. Ok, hari ni aku nak berkongsi satu perkara iaitu 7 macam/jenis pahala yang dapat diterima sesudah mati. Ku jumpa di fan ( fan ke? fan kot) PAHALA selepas mati.

Jun 28, 2010

Jun 23, 2010

Aiz Batu Campur - Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum. Repost entry okey, nak update blog sat, satttt je,he3 Mesti ramai di antara anda yang berazam untuk kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan jangan cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda betul2 bersemangat nak kuruskan badan, sebaik- baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senama yang konsisten. Biarpun hasilnya agak lambat, namun pasti berbaloi.

Baiklah, jom baca tips dibawah :

1. Jika anda makan 3 kali sehari, cuba makan makanan dengan kadar yang lebih sedikit dalam 5-6 kali sehari.

2. Jangan makan makanan yang berlemak seperti coklat, ais krim atau "junk food".

3. Jangan biarkan diri anda hingga terasa lapar. Jika kita lapar, anda akan merasa penat dan akan merasa lebih lapar, maka lagi banyaklah nikmat Allah yang masuk kedalam perut anda.

4. Lebihkan pemakanan buah- buahhan dan sayur- sayuran. Jika anda tidak suka makan sayur atau makanan2 hijau, buah- buahan sudah mencukupi. Sedap lagi berkhasiat.

5. Anda perlu pandai memilih makanan yang berkhasiat dan kalau boleh jangan makan makanan yang berat pada waktu malam.

6. Mesti selalu bersenam. Jangan cuma kurangkan makanan yang kurang tidak sihat dan makan makanan yang sihat saja, makan makanan sihat banyak2 badan pon sihat. Jadi kerapkan bersenam.

7. Tidur yang cukup. Cuba bangun pagi pada masa yang normal seperti pukul 7. Jika tidak boleh bangun pada waktu itu, tidur awal pada malam harinya dan bangun jugak awal2,hu3. Kerana tubuh manusia perlu tidur sekurang- kurangnya 8 jam untuk mempunyai tubuh yang sihat.

8. Jika anda tidak mengamalkan sarapan pagi, cuba amalkan. Sarapan boleh mencegah anda untuk makan banyak pada waktu siang.

9. Air masak sangat baik untuk kesihatan. Minum sekurang- kurangnya 8 gelas sehari. Hindarkan daripada minum minuman yang bergas atau banyak gula.

10. Ya.. itu dia 9 tips, kalau dah buat semua tips kat atas ni tapi badan dok gedebab, gemuk jugak, cuba anda gelak kuat- kuat setiap saat,minit dan jam kerana gelak ketawa adalah ubat menangani stess. Jika anda stess mesti anda makan banyak kan? dan bertambah gemuk la anda.

Cuba buat macam video kat bawah ni




Psst, kalau kena cop gila jangan sebut nama naim,ha3 sekian.
Jom menangi RM10 hanya dengan menulis tips seperti saya

Jun 20, 2010

Adios~

salam, aku stop~ hard work is the key of succes-abg matt, ya.aku perlu belajar kuat untuk berjaya, da, selamat tinggal semua, ha ha ha..seronok kwn ngan korang semua, SEMUA thu,ok,law nak contact aku cek la navbar menu bawah header tu,tu pon kalau, ti bila2 law ade mase aku cek la,hu3 ,semoga hidup kita diberkati olehNya, Assalamualaikum..

Jun 19, 2010

Sekolah

Salam.Ok, Sekolah. Selamat pulang ke sekolah, selamat pulang ke asrama, Selamat belajar, Selamat bekerja, Selamat macam2, Gudluck to All. Assalamualaikum.

Jun 18, 2010

IPAD Bernilai RM2,500 untuk Dimenangi

Assalamualaikum.Today, naim ingin mengajak anda2 diluar sana untuk menyertai Contest iPad and More! Hadiah dia memang gempak dan sangat cool,hu3 iaitu:

iPad bernilai RM 2,500 untuk dimenangi sebagai hadiah utama
Contestnye sangat mudah. Berbentuk Referal, siapa yang paling ramai referral dialah yang bakal menang tempat pertama dan memenangi iPad yang Smart.Baiklah, ini ialah no referral naim:






vsHub Share Program
Naim (Member) Reference Number : HM005604

1) Register sebagai VSHUB member disini : https://www.vshub.com/register.php

2) Jangan lupa semasa register letak Reference Number naim iaitu HM005604 di Referral Code nya.

3) Bila dah register bolehlah ajak rakan- rakan join dan letakkan anda sebagai sebagai referral. Lagi ramai orang yang join menggunakan referral anda, lagi tinggi peluang anda untuk menang. Ataupun boleh gunakan link ini : https://www.vshub.com/affiliate.php dan letakkan e-mail mereka untuk join VSHUB.

4) Dah join VSHUB, bolehlah membeli belah barangan dari USA dan Japan dengan kadar kos pengangkutan yang lebih murah dan harga yang berpatutan. Lebih informasi rujuk di sini: https://www.vshub.com/index.php

Kalau anda lihat pada picture di atas, terdapat hadiah sampingan nya iaitu 1 RM 300 e-voucher* dan 10 hadiah RM 20 top up turut menanti anda.

Wokeyh, tunggu apa lagi, jom join contest ni dan letakkan Reference Numberku iaitu HM005604 apabila anda Register, ha3 dan bila dah siap buat entry macam naim ni, submit entry anda di https://www.vshub.com/hotpicks?p=1025. Sekian.
myreferral n credit to:eyriqaszz-tQ!

Dayana dan Nabil Raja Lawak Sengal Nyanyi Lagu Baby

Assalamualaikum. Tadi time baru balik rumah dari ronda2 belakang taman, aku masuk rumah. Adik aku panggil aku, pastu dia menari gedik- gedik menari nyanyi lagu baby depan aku,yang sapa nama budak tu, justin bieber kan? ha. Aku tanya awat jadi lagutu uw. Then dia ajak aku tengok satu video kat youtube dengan excited sekali, aku pon turut excited,ha3.  Tajuk entry ni bukan aku buat, memang tajuk video tu camtu,he3 jom gelak~




t0ot2..daA~ Wsalm..

Jun 17, 2010

Siapakah Remedy ??

Assalamualaikum, sedang aku berjalan2 ke blog orang sambil membaca entry2 yang best, Tetibe,tergerak hatiku ingin ke blog remedy untuk lihat kalau2 ada entry terbaru. Aku pon segera ke blog beliau. Agak terkesima apabila melihat entry terbaru yang bertajuk "E-Book Kini Percuma - Dapatkan Sekarang"

E-Book tersebut ialah teknik RDS yang telah diperkenalkan oleh Remedy yang suatu masa dahulu dijual dengan harga rm30. Menurut uncle yang telah merasakan nikmat teknik tersebut ialah teknik ini amat sesuai kepada sahabat blogger atau webmaster sesiapa sahaja yang inginkan trafik yang tinggi.

Remedy ialah salah seorang...seorang... manusia yang menawarkan khidmat pelupusan komputer untuk tunai. Jadi, kepada sesapa yang nak menghancurkan komputer yang tak pakai leh contact remedy.Dulu, remedy ni pernah menganjurkan contest "Kitar Semula Untuk Tunai", dan insan yang bernama naim ni join,ho3.

Untuk pengetahuan korang, Remedy pernah bergambar dengan Luna Maya dan Cut Tari. Peristiwa ni lama dah berlaku, sebelum diorang kantoi t0ot2 lagi, isu tu memang hangat sekarang ni. Kalau tak percaya apa yang aku cakap ni korang pergi tengok sendiri kat entry "Kenangan Remedy Bergambar Bersama Luna Maya dan Cut Teri di blog Remedy", kah3.

Ni dia gambar Remedy, betul ke? aku pon tak pasti.Sesape yang nak kenal lebih lanjut dan mesra dengan Remedy boleh ke http://kitaransemula.blogspot.com. Sekian.

Jun 16, 2010

Award dari Fitrihadi.com

Assalamualaikum.Award ini datangnya dari seorang manusia yang bernama Ahmad Fitri. Kenal dop? Admin blog Fitrihadi.com. Mesti ramai kenal an,he~ Nak tengok muka Fitri ni? Sila terjah blog beliau.Beliau pernah mengambil pengajian di Tadika Kemas Semandong, Perlis, dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar Sek Keb Baseri pada tahun 2000, Ha3.

Terharu aku dapat award ni,hu3 Terima kasih banyak2 kepada Fitri. Blog dia ni termasok dalam golongan yang aku suka, sebab orangnya mesra alam,ha3 Kalau ada apa soalan aku tanya Fitri la. Tanya sepatah jawab berjela2,hu3 tu yang bestnye. Ok, mari kita usha awardnya.


Ini awardnya yang untuk kategori "FriendShip" ha, dah tak tawu nak merapu apa nie,hu3 ok, Sapa nak award ni?? ha3 cakap la, jangan segan jangan malu. Undur diri bahulu dahulu,Wsalm..[BlogFitriHadi]

Jun 15, 2010

Contest Dialog Kitty Di R4T

Assalamualaikum, w0keyh. Aku sudah puas bermain dengan code2 template aku ni dan puas dengan hasilnya,ha3. Sekarang tibalah masanya untuk mata aku berehat daripada melihat perkataan- perkataan yang membuatkan kepala aku pusing kepeningan. Aku nak join contest, contest dari blog rumah 4 tingkat. Actually adik aku suruh join sebab hadiah nye Meow, he3. Patung comel yang boleh digesel- gesel.

Ini la hadiahnya
Ok, berpandukan tajuk of this entry, contest ni kena buat dialog untuk gambar yang telah diberikan.

Comel jew, Sape kate tak comel?
Dialog A: Awat hang dari tadi aku tengok asyik dok usha aku ja? punya lama..tadak keja lain ka.
Dialog B: .........Hang hensyem la..

Actually yang kedua aku saja nak sapu sawang kat blog ni, tak mau biar gitu je,he3 Jadi, sesape yang nak join ini contest cepat2! mase masih ada. [KLIK SINI] ketat2.Wsalam.

Rumah baru..kot..

Assalamualaikum.Hari ni terbuka hati aku nak buat apa nama..aku tak reti nak sebut.Template ka? ha, korang tengok pon dah tawu kan.aa... lawa dop ha? ha3 yang dulu aku pakai lawa lagi ka yang sekarang ni? Sila beri pendapat di bahagian komen. Template baru ku ini memang takde header yang bergambar,jadi...bla3..ha3 kalau la dapat tawu cara nak buat background kat title sidebar kan best..aku pakai template yang blogger.com baru buat.Tak buleh pakai cara dulu.tak dapa dikesan kode dia.

Jun 13, 2010

(Repost) Kawan Baik



Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baik baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia- sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikkan. Kawan yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak kawan yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi kawan menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita. Kita kawan kan3?

Jun 10, 2010

Special Award From....

Assalamualaikum. Gersang bumi tanpa hujan, gersang minda tanpa ilmu, gersang hati tanpa iman, gersang jiwa tanpa amal, gersang blog tanpa update. My kepala is blank dan kosong, benda apa nak update kat blog ni..hu3 biarkan sahaja. Nanti pandai2 la aku pikir. Entry kali untuk mengucapkan terima kasih kat seorang insan yang baik hati kerana telah memberi award kepada ku..hu3 Beliau ialah kak Lynn.

Award nei lynn wat keyh uols..khas tuk kawan yang setia jek..ok.-kata beliau. Dan kata beliau lagi, the 1st person yang akan dapat award ni ialah aku,hu3 sebab2nye leh baca seniri kat [sini] he3


Ok, tuje kot rasenye, hu3. Tq erk kak lynn coz bagi award ni. hu3 Sekian~ terima kasih~ tq~ Wsalam..

Jun 8, 2010

Adam & Iman

hiasan semata mata

Assalamualaikum, ni ada satu cerita yang kawan aku nak kongsikan bersama, tq erk kawan ku itu.. cerita ni ada maknanya tersendiri. Mari menghayati ..

Ade satu pasangan kawan yang selalu study sekali ar,sampai lepas SPM. Yang sorang tu name dia Adam, yang sorang lagi Iman. Iman ni kira seorang perempuan yang baek, sopan, pakai tudung pon labuh, dan yang baik- baik lah ada kat dia. Iman ditawarkan ke universiti dekat luar negara. Adam dikhabarkan oleh sahabat kepada Iman. Adam tertanye- tanye, "kenape Iman tak bagitau sendiri?? dan kenape Iman tak belajar kat malaysia je??"

Selang beberapa tahun, lahirlah Adam yang berjaya dengan kerjayanya. Time Adam ni tengah kerje, tiba2 kawan Adam tanya,
"Adam,ko taknak kawen ke??"
Adam jawab, "err,takde jodoh lagi la.."
"alaa...macam la aku tak tawu, ko tengah tunggu Iman"

Dan pada suatu hari, time adam tengah lunch dengan kawan- kawan die, Adam ditegur oleh seorang perempuan cun, pakai gaun kaler putih, rambut lurus panjang, memang habes cun ar. Adam tengok senyapp jew, terkesima sebentar. Pastu perempuan tu tinggalkan note nak jumpe Adam kat satu kedai ni. Maka, Adam pon pergi dan berlakulah perbualan diantara mereka berdua.

Adam: Kenape Iman berubah?? Kenape Iman tak pakai tudung??
Iman: Mase Iman belajar kat US dulu, ade lecturer tu kate kalau nak masuk kelas die, tak buleh pakai tudung. Iman pikir antara harapan mak nak Iman belajar kat uni tu dengan bukak tudung. Keputusannye Iman tak pakai tudung.

Adam keluarkan 2 biji coklat. 1 berbalut cantek, 1 lagi dah terbukak dan dah jatuh. Adam tanye

Adam: Kalau Iman, Iman nak pilih yang mane?
Iman: Iman tawu, semua orang nak yang berbalut..
Adam: tak! kalau Adam, Adam akan amik yang jatuh tu,Adam bersihkan dan adam balut balek elok2.

menangis si Iman tu...Isk3
Kongklusinya semua lelaki nak yang elok~! tapi dalamnye.. kalau setakat luar ja cantek dalam buruk sapa pon taknak.Lagi, pandai2 la korang pikir nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerita ni..hu3 Wsalam..

Jun 6, 2010

Aiza, review belog aii plishh!!

Assalamualaikum. Update2... seronok update blog ni sebenarnye, ape yang seronoknye, kerana ia boleh melahirkan satu perasaan yang menjiwai pelosok hati, ape orang cakap.....-.- arh,merapu ja,ho3 Update blog seronok la, banyak faedahnya an, kongsi ilmu,pendapat, meluahkan perasaan yang terperam lama dalam hati sehingga nak jadi jeruk, dan sebagainya lah~

Harini aku nak mintak tolong dari Aiza supaya buat review tentang blog aku, saye berminat saye berminat!hu3 rajin tol si Aiza ni nak buat review blog2 orang. Bagus2.. hebak mu, sesape yang nak mintak tolong kat dia leh terus ke blog beliau untuk menyampaikan hajat korang, bukan nak meminang, pasal review ni la, dia ni baru 14 tahun, lagipun have taken, kah3. Blog si Aiza ni sangat canggih dan hebat la. Pandai dia edit2 dia punya template, kalau aku jenuh tEcirit nak buat, ha3. Baiklah, kalau nak mintak tolong kat Aiza ni ade syaratnye.
  • Buat post pasal "Aiza, review belog aii plishh!!"
  • Mesti menjadi followers Aiza
  • Crop Header LadyRawrr
  • Nyatakan sebab2 mengapa anda join review blog neh !
  • Tak kire jantina / umur
  • n lastly, tinggalkan link post di post review blog aiza
Ok, sebab2 aku nak join review ni erk, saje suka suki, he3 ia boleh merapatkan hubungan sillaturrahim sesama blogger, cewwah..ho3 Lagi, boleh up trafik blog , blog aiza up trafik, blog aku up trafik, insyaallah. Kan hebat itu..kah3 lagi2, Aku nak join sebab aku tengok blog aiza stailo ar..kemas, sesuai dengan identiti seorang perempuan [memandai ja], tapi kalau blog aku buat macam itu dah jadi lain macam ...ha3

tu je kan? Kesimpulannya, kepada sesape yang nak join review ni, meh ramai2, klik header dalam entry ni, edisi terhad ni. Khas untuk 500 blog yang terawal ..hu3 banyak tu. sekian sahaja,TQ wsalam..

Lucky Visitor?? Me? muahaha

Assalamualaikum. Ini adalah counter yang telah di capture. Malaysia 4444.

Klik gambar untuk tumbesaran

Klik gambar untuk tumbesaran
hu3 ..boleh? ini adalah kontest by bro Zaifullah


Tag from Ney Ezzo


Assalamualaikum.Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Kali ni aku ditag oleh ney ezzo..hu3 ney ezzo. Tq ye ney ezzo,hu3 Tag ni simple je..Mula..

1) Thank and link the person that tagged you
Terima kasih banyak2 ye ney ezzo sebab tag ni.he3

2) Tag 10 bloggers you've recently discovered and think fantastic
1. Leopardus
2. Natakafisha
3. Fieqa
4. Yuyu
5. Amadkhir
6. Afiq
7. MazatulAkma
8. Fairuz
9. Dauz
10. Mukhsin

3) Contact that blogs and let them know they've been tagged
Selepas entry ni selamat dilancarkan

4) State 7 things about yourself
1. nama: Anwar Naim Bin Mohd Azhar
2. umo : 16 tahun
3. baik
4. tak jahat
5. mesra alam
6. Suka cite Arjuna yang baru2 ni, besh~ ho3
7. a... ape lagi.. ada 6 adik beradik, termasuk aku

Da abis, senang jew an..hu3 Wsalam..

Jun 5, 2010

Naimology

Assalamualaikum. Tak dinafikan lagi, memang lawa tajuk entry ni, kah3 Tag ini diberi oleh si budak yang paling pandai sekali dalam kelas aku, taktaw otak kederat jeneh apa, kah3 hye sya~ hek3 syazana yang bagi tag ni. Terima kasih banyak2 na.Syazana cakap tag ni menggunakan perkataan ology yang banyak membuatkan tag ini interesting. Aku pon sebenarnya nak cakap macam tu jugak, tapi dia dah kata lagi awai nak buat macam mana, ha3~ ok, entry ni agak panjang. Mari jawab.


THE RULES: Once your have been tagged, you are supposed to wipe out my anwser and supply you own. After, choose some people to be tagged. You have to tag the person who tag you. Tag a bunch of people.

Let others know a little more about yourself, re-post this as your name followed by "ology".

Foodology
1. What is your salad dressing of choice?
nganga~
2. What is your favorite sit-down restaurant?
nganga..
3. What food could you eat every day for two weeks and not get sick of?
nasik
4. What are your pizza toppings of choice?
yang mak aku buat
5. What do you like to put on your toast?
macam2 boley..

Technology
1. How many televisions are there in your house?
satu sahaja, satu lagi dah jual kat pembeli surat khabar lama, singgit dia beli.
2. The colour of your cell phone?
Red and Black. Gaya mutu keunggulan, dah nak lingkup dah pon.
3. How long would it take you to look up who invented the Rubber Band?
Rubber Band tu apa? budak pandai tak taw aku lagi taktaw.
4. Have any idea how many Megahertz your computer have?
50 ribu

Biology
1. Are you right-handed or left-handed?
kanan...
2.Have you ever had anything removed from your body?
kuku~
3. What is the last heavy item you lifted?
Lori 2 tingkat
4. How ever been knocked unconscious?
apa ni..


Dumblogy
1. How many of flip flops do you own?
tidak ada.
2. Last time you had a run with cops?
lama dah, x ingat,Pernah ja..ha3
3. Last person you talked to?
my bapak
4.Last person you hugged?
adik aku yang comey

Favoritology
1. Season?
aku semua ok.
2. Holiday? beach or island?
beach in island
3.Day of the week?
jumaat dan sabtu, leh tidur lambat,hu3
4. Month?
ogos

Currentology
1. Missing someone?
t0ot t0ot
2. Mood?
blurrr
3. What are you listening to?
nganga~
4. Watcing?
tarak~

Randomology
1. First place you went this morning?
jamban
2.What's the last movie you saw?
tak ingat X-x
3. Do you smile often?
sengeh always~

Other-Ology
1. Do you always answer your phone?
entahla...
2. It's four in the morning and you get a text message, who is it?
toyol
3. If you could change you eye colour what would it be?
warna warni
4. Do you own a digital camera?
bapak aku adala
5. Have you ever had a pet fish?
tarak~
6. Favorite Christmas song(s):
tak sambut
7. What's on your wish list for your birthday?
Cekelat hacks.ha,ha,ha -.-
8. Can you do push ups?
can ja..
9. Can you do chin up?
can ja..
10. Does the future make you more nervous or excited?
nervous gila bhai
11. Do you have any save texts?
a....urm...
12. Ever been in a car wreck?
entah la
13. Do you have an accent?
yes
14. What is the last song whick make you cry?
tidak ada~
15. What are your plans for tonight?
tak taw lagi..
16. Have you ever felt like you hit rock bottom?
Whoa, pani
17. Name 3 things you bought yesterday:
Milo ais pekat buh susu banyak2, teh ais kat kedai, teh o kat tempat usrah bapak aku.
18. Have you ever been given roses?
tak
19. Current worry?
ntah...kosong jew ni...
20. Current hate right now?
Israel...
21. Met some one who changed your life?
ntah..
22. How will your bring in the New Year?
aku tengah penin~ O_o
23. What song represent you?
perh..tag bi memang sakit kepala, kah3 bukan apa..tak pandai bi
 24. Name three people who might complete this?
nganga ja aku..kah3
25. Would you go back in time if you were given the change?
siapa taknak?-sya
26. have you ever dated someone longer than a year?
no
27. Do you have any tattoo?
tak dak tak dak
28. Will you be in a relationship 4 moths from now?
tak tau
29. Does anyone love you?
ramai
30. Ever had someone sing to you?
yes
31. When did you last cry?
tak ingat
32. Do you like to cuddle?
apa punya soalan da...
33. Have you held hands with anyone today?
takda sapa..bangun2 aku sorang ja kat rumah
34. What kind of music did you listen to in elementary school?
tak ingat
35. Are most of the friend in you life new or old?
sama rata
36. Do you like pulpy orange juice?
yep

___________________________________________________
Penat2...huh huh huh...sakit jiwa aku..X-x macam nak pensan..ha~hu~hi~ sapa nak kena tag? kah3 kalau nak cakap...jangan malu jangan segan..sorang pon takmau aku rasa..kah3 ok,aku nak chow dulu..sekian, Wsalam..^-^


Jun 4, 2010

Tag From Leoparduslynx


Assalamualaikum. ya~ mesti ramai ngah syiok sekarang ni kan, terutamanya budak2 sekolah macam aku, ha3, sebab esok dah start cuti sekolah. 2 minggu doe~ ha3 ok, cuti cuti jugak, ingat, aku ni dah form 4. Tok aku cakap kalau zaman dulu2 umur camni dah leh kawin, hahaha. Itu dulu, ini sekarang, zaman dah maju.hu3. Jadi, selamat bercuti kepada yang bercuti, dan ada yang x cuti? takpa, takpa....notink to say~ ha3



Ok, tujuan sebenar entry ni ditaip adalah untuk menjawab tag yang telah dilekatkan kepadaku oleh Abg Mat. Dia cakap Cik Zaza ada bagi surat cinta kat dia, tapi surat tu banyak soalan plak, pastu suruh tag orang lain, ha3 ok, tag nya berbunyi :

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
Yang bermain di fikiran aku sekarang ialah "sakit". Adush~ sakit lutut la, tadi time aku ngan adik aku ronda2 kat blakang taman naik motor bapak aku, terjatuh.. adik aku bawak pegi mana ntah, jalan memang tak elok,hu3. time sebelum jatuh aku tengok adik aku melelong bawak macam dah tak boleh kawal motor tu dah.. Pastu piyuuuu tumbang pom kedebabom~ adik aku cakap "hang bawak pulak la, takmau bawak dah" ho3 ok aku bawak. sebelum tu pebetul motor dulu, bagi nampak kemas dulu. jalan~ seminit kemudian..jatuh. Adik aku tegolek masuk parit, kah3 tapi sekerat badan ja masok. Habis seluar jean kesayangan aku koyak kat lutut. Pastu blah terus ar, tak cakap banyak, ngah bengang.-habis-

2.Apakah nama samaran you all?
-Naim- cara sebut ''na,im''

3.Berikan 3 orang yang you all sayang?
Mak,Ayah,Tok .Mereka memang penting dalam kehidupan seorang insan yang bernama "naim" ini.

4.Panggilan untuk "si dia"?
siapakah si dia itu? arnab kat rumah aku erk? owh... arnab tu.. tak pernah panggil pon.

5.Hadiah yang you all impikan daripada seseorang yang istimewa?
Cekelat hacks

6.Blog yang mane yang you all suke visit?
Macam2 ada~~

7.Tag kepada 15 folowers korang
1.Lynn Johari
2.Mashatiqah
3.Faa
4.CicakGirls
5.Wanie
6.NurEimi
7.MissNia
8.Shada
9.kaknorhayati rostam
x larat~ sapa rasa tag ni besz, anda boleh menjawabnya :)

Sekian, Wsalam..
AQ NaiM