Feb 15, 2010

KaWaN BaiK

KaWaN BaiK Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita. kita kawan kan...???


Photobucket

11 comments:

mimi said...

saya baru lagi dlm dunia blogging nie..
kalau ada yg tak kene ttg blog saya mohon maaf ye..
thanks

AnWaRnAiM said...

uit..nohal :)

NADIRA SALIM said...

btol3..
kwn yg baik mmg ssh nk cri..
time kita ssh..
bru la kita tau sapa kwn baik kita kn..??

AnWaRnAiM said...

bt0l3..
time kta ssh..
bru tw0o spe kwn baek kte :)

hans said...

susah kan nak jadi kawan yg baik

AnWaRnAiM said...

no k0men..hu3 :P

Sharinginfoz said...

memang betul kawan baik susah sangat nak cari yalah masa senang dan susah kan...

kalau free mintak nang mine entry on my 30th buffered earnings ads... thanks...

http://innit.nuffnang.com/view.php?id=182841

AnWaRnAiM said...

oke..dah nang :)

rossoneri said...

hohooo, salam ziarah...

kita akan menjadi kwn y baik kalau kite menjadi diri kite di hadapan dia,bukan menjadi org yang dia nak kite jadi...n kite tak perlu beri kata2 manis semata2 nak jaga hati dia..dan kite boleh cakap, kutuk maki depan dia sesuka hati kite n lepas tu baik balik spt biasa.. n dat's what we call friend.. hehehe ;D peace

kite boleh berkawan dgn smua org, tp xsmua org tu boleh rapat dgn kite..itu saya lah..

AnWaRnAiM said...

hmm..tq dtg blog ni :)
n bri pndpt..

Unknown said...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ