Assalamualaikum..
Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, akan menjadi penghalang kepada syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong.”
Firman Allah di dalam surah al-ghafir, ayat 60:
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina.”
Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini:
- Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
- Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
- Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
- Jika kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
- Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
- Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
Oleh yang demikian, marilah kita cuba melawan sifat sombong ini dengan bersifat tawadhuk atau merendah diri. Sekiranya kita telah berjaya mengikis sifat sombong maka akan lahirlah sifat tawadhuk dalam diri kita, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.
Sekian. Terima kasih.
Wassalam…
21 comments:
salam naim.
perkongsian yg bgs.
memperingati diri ini jua..
wsalam..
btul tu...
Ya btoL..
eL0k utK dibaCe..
erMm.. x el0k somboNk2 neH..
:P bKn 0rg suKe p0n
kan?
bt0l3...hu3
yang jumpa orang kafir ni susah sket ar..
jumpa ngn india mana2 tepi jalan mesti rase mcam nak g pukul XD
bagus tuan rumah ni :D
tq kerana kongsi!
semoga input membina kepade kite!
satu peringatan yang berguna. bagus.
menarik isinya...
allo naim..
huish , kau dak maahad ke..
bagusla..
simple cara penyampaian...
tak guna kan kalau kita meninggi diri..
tugi saje yg daapt..
KaorU IchibaNa : wah kah kah,,ranggi tol ko..hu3
TMUkmkd : uit..
fiD : same2 :) amin,,
zaiMi : tq br0 dtg sini :)
farhana : ^_^
Aus : uih,,,x dak aeh,,,btol ckp ko...x gne sombong,,org x ske
salam tuan rumah..
bagusnya info ini..
ia banyak membuatkan saya merendah diri pula..huhu
jemputlah masuk ke blog saya
alhamdulillah..hu3
salam naim,
Posting ni baik utk perubahan diri. Adakah naim menghayatinya atau sekadar coretan?
Sy dah follow blog Naim!
Adakah Naim sudah atau belum follow blog sy.. Tak follow pun tak mengapa!
Tapi sebagai nasihat pd naim..jika tak follow bermakna naim bukan ada atau tidak mempunyai sifat merendah diri apa yg ditulis tu.
Muhasabah diri sebelum membuat posting dalam dakwah Islam.
@Captain
wsalam..saya menghayati dgn sbetulnya insyaAllah..
naim suda follow,huhu
Syukran atas nasihat captain..naim akan fikir dulu cmne diri ni sbelum posting entry berkenaan dakwah..
@♥ciK-t0ge ♥btul2..
Satu lagi yang ke 7
Bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Kerajaan sekarang yang sentiasa membantu rakyat dan meringankan beban rakyat. jangan mendengar dan mempecayai sesuatu perkara yang dibawa oleh pembangkang sebelum dikaji dahulu.
Post a Comment