Feb 17, 2010

Punca Riak

Assalamualaikum..
Kita selalu dengar perkataan riak kan? Riak ini adalah salah satu penyakit hati. Penyakit hati ini, berlaku tanpa kita sedari, kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya ia telah merosakkan ibadat kita. Disebabkan riak, amalan kita mungkin tidak diterima Allah. Rasulullah juga risau dan telah berpesan bahawa jauhkan dari sifat ingin menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana ianya menyamai syirik.Riak sebenarnya bermaksud melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.


Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah:


1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.


Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
dan puji kwn mcm sembelih tengkok kawan

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.

Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.


Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

4.Kerana ramai pegikut

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai.Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

5.Rupawan yg menarik la(lawa/hemsem/cute/macho)

seseorang itu bangga kerana mempunyai rupawan yang menarik berbanding org lain

6.Mempunyai badan yg kuat & gagah


Bangga mempunyai badan yang kuat dan boleh mengalahkan orang lain

7.Melakukan banyak ibadat,amalan


Orang sebegini riak dalam amalan solat, sedekah dan amalan lain. Dalam solat, sesorang itu menzahirkan khusyuk dalam solat seperti solat dengan lebih lama dengan memanjangkan rukuk dan sujud. Selain itu, bersedekah secara terang-terangan sampaikan ambil gambar. Sedangkan apabila bersendirian, amalannya tidak la sempurna begitu.
---------------------------------------------------


Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.


Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.


Jauhilah sifat riak dengan mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa b
erwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.


Wasalam..

21 comments:

Dhea Ahmad said...

Nauzubillah...minta dijauhkan dari sifat xelok ni

Unknown said...

bt0l tu..

♥ciK-t0ge ♥ said...

mohon dijauhkaN juGak
[-o<

Aishot said...

arap dijauhkan dr sikap-sikap buruk ni

naem said...

sikap bruk..sikap yang dibenci allah..sikap yg dilaknatullah..

shahrinabd said...

kena selalu beringat bahwa segala yang kita miliki itu datang dari Allah, dan sesungguhnya kita ini juga hanyalah ciptaanNya. Dengan cara ni boleh menimbulkan rasa rendah diri.

zh-ena said...

muhasabah diri sebentar

Unknown said...

shahrinabd:btul tu btul :)

Unknown said...

zh-ena :bgus2:) hu3

zella y said...

minat di jauhkan sifat yg begini...

Sayang Amirah said...

sedang memuhasabah diri . heher .

hanismalik said...

Tapi aku slalu riak pada diri sendiri...untuk tujuan memotivasikan diri...rasanya xsalah kot...=)

pawaka19 said...

ya Allah..jauhkan aku dari sifat riak

ummuilham said...

tak bagus ada sifat riak ni...

FaTiN said...

nauzubillah, jgn kami semua dari sifat riak ni

Aus MeLankoLik said...

halamak..
renungan terakhir buat rasa meresap ni....
huhu..
cayalah .

Surau Al-Ghafur said...

erm..nice entry bro..memang betul,riak ni penyakit hati yg memang sukaru untuk dijauhkan..kdg2 kita dah berusaha untuk menjauhinya,tp dia mai jugak..

harap dijauhkan dari syirik khafi ni..

lindungilah diriku Ya Allah..

hans said...

nice entry
itu sebab tak boleh puji orang lebih2 kan

Unknown said...

Aus : hu3 :)

Unknown said...

محمد فردوس سعد :amin..

Unknown said...

hans : memuji org seperti memancung kepalanya...

AQ NaiM