Nov 4, 2010

Happy Deepavali? - Islam Tak Boleh


Assalamualaikum. Kali ni nak kongsi satu artikel yang sahabat saya kongsikan kepada saya. Seperti yang anda semua tahu, perayaan Deepavali sedang di sambut oleh kaum yang beragama hindu dalam sekitar minggu ni. Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka? Atau memberi ucapan kepada yang muslim sendiri???

Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india,Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

Penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya.ALLAH berfirman :

Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap gologan kafir.Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.


BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM

Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut? Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA

Imam as-Suyuti:

Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka". (As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”

Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa (Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`), Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:

"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.

Baiklah, itu sahaja artikel yang ingin dikongsi. So, sekarang korang dah tawu boleh ke tak memberi ucapan perayaan agama lain kepada sesiapa. Semoga entry kali ni dapat memberi kesedaran kepada kita semua. Sebarkan hal ini kepada umat islam yang lain untuk kebaikkan bersama. Undur diri dulu. Assalamualaikum. Sumber - asyrafaziz. Syukran.

34 comments:

Syima Emi said...

semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...

ftrhd said...

oh now baru tahu takleh ucap wish kat nonmuslim untuk perayaan diorang.. thanks for sharing this article

Latifah said...

Nice sharing entri.

Dah lama dah tak wish kat non-muslim untuk apa jua perayaan mereka.
=)

Unknown said...

@Syima Emi
insyaAllah..

Unknown said...

@Fitrihadi
same2.. :)

Unknown said...

@Latifah
bagus la klau mcm tu... naem sblum ni samar2..da bce artikel yg kwn bg ni bru pham :)

Nurul Ayu said...

baru tahu..nice..thank you for sharing..

Si PeNCaRi KeBeNaRaN... said...

tq for share, moga brmnfaat utk smua

Unknown said...

terima kasih.

Unknown said...

@AyuE SurihanyOt
just share..sebarkan ye..

Unknown said...

@ZaCKiR
insyaAllah..sebarkan..

Unknown said...

@ akufobia
sama2..:)

Unknown said...

nice! TQ bro

Cahayamylife said...

Tak pernah terfikir lak nak wish2 nih.
Akak pernah 2tahun berturut dapat duet raya masa deepavali.hee~

Unknown said...

@iqbalsyarie
welkem :)

Unknown said...

@Norhayati Rostam
tapi ade org bt..
aik..time depavali pon akk dpt det rye?? huhu

Amir Izzat said...

assalamualaikum!

hurm..terima kasih atas perkongsian ini sahabat.

memandangkan aku hidup dlm kalangan berbilang kaum ini. amat penting untuk aku mengetahuinya. terima kasih.

perkongsian yang amat bermakna.

Unknown said...

@Amir Izzat
Waalaikummussalam..

sama2 kwn.. just kongsi bnde yg saudara2 kta prlu tawu..

:)

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Alhamdulilah... merupakan ilmu yang patut disebarkan... TQ daripada seorang saudara baru seperti saya..

Unknown said...

@Fuziani JSR
yep, sebar2kan..sama2 :)

Cik Tetra said...

good info,,tp mmg btul,,ade jgk org yg wish2 ni,,,dkt fb 2 berlambak,,nk tegur..cikgu2 pon ade wish..nti dorg kate bajek baik,,2 la susahnye,,n sy nk share la ur post,,,

Unknown said...

@Aq Waeda,,,
hmm..btul2..dialu alukan kalau nak share..silakan..

Anonymous said...

tp kalau baca paper semalam, ruangan agama ada artikel pasal isu ni, n ustaz tu cakap boleh ucap 'happy deepavali' dgn niat untuk menghormati sesama manusia..
.
tp kena igt, sekadar utk menghormati, jgn join sekali sambut perayaan diorang, jd macam kita menyokong kekufuran dan boleh menjejaskan akidah kita sendiri...
..(^_^)..

Unknown said...

@Anonymous
owh, ade? boley ucap tapi sekadar menghormati.. thx for ur info ye :)

Anonymous said...

OWH, SATU POST YG AMAT BAIK SKALI TPI INGIN SAYA KATAKAN ADAKAH MENGUCAP SELAMAT PERAYAAN AGAMA/KAUM LAIN ADALAH SATU PERBUATAN YG "MULIA"...

ADALAH BEBERAPA POINT YG KORG KENE TAU PERTAMA SKALI (BUKAN NIAT NK MGAJAR TPI MYEDARKAN ANDA)!

-NEGARA MALAYSIA DH TERMAKTUB ADALAH NGARA YG BERBILANG BANGSA DAN KAUM.
-KLU DISISI AGAMA MMG SALAH DH MMG SYIRIKNYA PERBUATAN ITU, KNPA STIL ADA LGI YG MGUCAP SLAMAT EVEN TERPAMPANG BESAR KAT NEWS MGUCAP SLAMAT DEEPAVALI??..

INGIN SAYA KATAKAN BUKANNYA SLAH UTK KITA SMUA BERPEGANG KEPADA AGAMA MASING2, TETAPI SALAH KER PBUATAN NK MGUCAP SLAMAT KEPADA AGAMA LAIN KLU KITA MMG DH BERPEGANG TEGUH DAN IMAN KITA KEPADA AGAMA KITA SENDIRI??..

~~KEPADA YG RSA TEGUGAT KEPADA AGAMA N IMAN KLU MEGUCAP SLAMAT KEPADA AGAMA LAIN MAKSUDNYA ANDA MSIH TIDAK LGI BPEGANG TEGUH KPDA IMAN SENDRI!!... ANDA MSIH WAS2!!

Anonymous said...

salam wbt.alhmdulillah,syukran tntg prkongsian ni.iman yg mntap bkn dpt kita pertahankan setiap masa.iman kita umpama roda yg kdg2 diatas dan dibwah.kita sesyumul Rasulullah yg htinya dijaga dengan baik.sbg hmba yg mengalami kebarangkalian jatuh bangun dlm hidup..lebih baik disarankan utk mngambil jln selamat..semua perbuatan dimulai dgn niat.mgkin benar,ucapan ini utk mghormati.tp,sedar atau tidak perlakuan ni dpt mghakis sdikit demi sedikit iman kita.
selepas 2,kita perlu lihat kesan kpd "mereka"."smpaikanlah walau 1 ayat"..ini adalah jihad kita umat islam.dgn ucapan kepada mereka,kita akn mmberi kekuatn kpd mereka utk meraikan.bknkah itu bgaikan menyokong mereka..
berbalik kpd pegangan"semuanya bermula drpd niat" bkn niat kita utk x mghormati..tetapi,antara akhirat dan dunia..apa yg kita pilih...

ini hanya pndangan sy seorg insan lemah.apa2 pun,perkongsian ni bermanfaat.mabruk alaika..

Hady83 said...

Aku pun ada tulis jugak pasal ni kat blog aku.

http://hady-83.blogspot.com/2009/10/apa-itu-islam-liberal.html

Rahsia Buah Pinggang Sihat said...

Salam admin,

Terima kasih atas perkongsian artikel di atas.Sangat penting bagi umat Islam untuk memahami perkara-perkara yang dibenarkan dan dilarang terutamnya yang berkaitan dengan akidah.

Jadi dengan perkongsian artikel ini sedikit sebanykan akan dapat menambahkan pengetahuan tentan perkara tersebut dan dapat beramal dengan ilmu yang dikeyahui.

rara :) said...

thnks, baru tau :)

Unknown said...

@Anonymous
anonymous 7.02am, thx atas pendapat saudara..walaubagaimanapun kta hrus bersedia dengan kebarangkalian jatuh bangun dlm hidup sperti yg dikatakan oleh anoymous 8.57AM, btw, thank 4 ur persepsi..

anoymous 8.57AM, thx kwn..hoho

Unknown said...

@Hady83
owh..ok bro..nk bace..thx erk :)

Unknown said...

@Rahsia Buah Pinggang Sihat
sama- sama, hanya mmbuat perkara yg perlu dlakukan..menyampaikan prkara2 yg pnting sbegini.. :)

@rara, welkem :)

Anep™ said...

baru aku thu..thnx sbb berkongsi...

Unknown said...

@Anip™
same2 :)

AQ NaiM