Nov 19, 2010
Yahoo! Kite Dah Cuti! haha
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Aku nak merapu kejap, sila ignore. Hari ni (jumaat) ialah hari terakhir sesi persekolahan tahun 2010 bagi sekolah aku. Fuh, kalau tengok keadaan kat sekolah tadi, setiap kelas wajib mesti ada satu kamera. Tangkap sana, tangkap sini, kenangan akhir tahun la katakan, huhu. Pastu masuk facebook. ^^"
So, tidak disangka- sangka la kan, tahun depan tinggal berapa hari je lagi aku akan menjejak ke sekolah sebagai seorang murid tingkatan 5. Perh, dah tingkatan 5 ke bhai! hailoo. Kena belajaq rajin- rajin ni. haha. Dalam cuti akhir tahun yang baru bermula ni pun, cikgu tak bagi cuti gitu je, nah, kerja sekolah belunggok, kena kaji novel, buat nota dan lain- lain. Terima kasih cikgu, hee~
Mintak korang doa kat aku la supaya aku ni rajin sikit belajaq, dah la tak pandai, malas pulak tu kan, huhu. Tahun depan dah SPM. Ko mane boleh main- main dah naim, PMR yela ko main- main lagi. Kalau SPM ko main- main lagi aku tumbok ko sampai berdarah. SPM merupakan batu loncatan untuk ko pergi lebih jauh dan hebat. So, buat yang terbaik untuk diri anda wahai naim.
Untuk pengetahuan korang, tahun depan aku telah diterima kembali menjadi ahli asrama sekolah sabar. So, babai la kat blog ni. No update, no readers, no jengok- jengok ko lagi blog, lalai ja ngadap ko ni. Ntah papela ko blog, tak guna punya blog, haha. Sorry blog. Nak buat macam mane, rasa macam tak boleh belajar pulak kalau tinggal kat rumah, jadi ape salahnya dalam masa setahun ni aku korbankan segala keseronokan online untuk belajar. Cewah, cakap berapi arh, nanti online jugak, huhu.
Takpe, semangat kena ada kan, insyaAllah boleh. Kesimpulannya, aku cuti, tahun depan tingkatan 5, aku masuk asrama, stop blog setahun ( tapi tak mula lagi la), huwaaaa~. Akhir kata, kepada sesiapa yang sedang bercuti, selamat bercuti saye ucapkan. Kepada kawan- kawan sekolah, selamat cuti- cuti belajar. Saya undur diri dahulu. Assalamualaikum.
Labels:
Personal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
bagus..azam yg baikkkk..gud luck
Belajar elok-elok pun naim.SPM kena buat betul-betul.Tapi tak sayangker tinggal blog ni?
Dah banyak traffik dah.
haha. okae enjoy2 jgk. blaja tu. spm pnting. ngee. gud luck btw. hee :D
ku dah lama cuti kut
hahahaha
P/S : Pandangan Peribadi Aku Berkenaan Filem 2 Alam Yang Aku Belum Tonton
selamat bercuti gak~hahah..cia blog nie..tak baek ko ckp mcm tu kt dia..heheh,,apepon gud luck yer SPM!
1)(Tutorial) Cara Mudah Print Screen Penuh Pada Web / Blog
2)5 Coklat Yang Termahal Di Dunia
@aNa d'sKoDenG
huhu..makeseh ya..
@Panduan Buah Pinggang Sihat
ha ah, syg jgak, tapi tahun depan kena stay hostel suda..komfem tggl blog..nk wat camne..huhu lepas spm smbung la kut..ngee..
@cybernetic88
oyeah, zaman honeymoon sudah tamat..spm lak..hehe..thx bro :)
@hans
haha..aq baru je cuti..ko cuti smpai bile?
@Anip™
haha..aq gurau je ngan blog ni..ngee.. thx bhai :)
aku da lame cuti2 malaysia.
:D
@saya_arief
haha..same la macam hans..
tahun depan masuk ostel?? erm kurang sorang pembaca Fitrihadi.com...adehhh
@Fitrihadi
yep...nk wat camne an..huhu
Post a Comment