Assalamualaikum.Wah, baru balik sekolah, tadi ada koko dalam kol 1, aku kelab pendidikan islam, maen permainan soal jawab Al-Quran, hu3 uztazah bagi peta cam dam tu, tapi hat photostate punya, kale hitam putih, ha3 jimat, benda ada satu ja. Satu kumpulan ja dapat yang ori. Dam pon pakai kertas ja. Agak besh la~ besh gelak2 ja kot, h03.
Ok, meh nak kongsi satu benda yang kudapat dari facebook.Segala aspek dalam kehidupan ini bermula daripada hati. Jadi kat bawah ni ada beberapa cara bagaimana nak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah, jadikan hatiku bersih.
2.Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa2 diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3.Solat taubat - Selain dapat memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4.Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah'' 3 kali.
5.Berma'af- ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa minta maaf perlu sebutkan "maafkan aku law wat salah kat hang no" dll.
6.Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah- rendah kebolehan diri sendiri. Katakanlah aku sebenarnya (.........) perkara yang elok2 sokmo.
7.Program minda/Cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati " Ya Allah, cuci otak aku, cuci hati aku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif, ada gaya mutu keunggulan" ( dan lain2 apa yang korang nak cakap). Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - Cubalah!
8.Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9.Cuba ingat tentang mati time nak buat sesuatu kejahatan.
Belanja orang makan, bersedekah, kekalkan wuduk, berkawan dengan ulama, menjaga pacaindera dll. Oleh itu, jangan lah bertangguh lagi, jomlah sama2 kita mengamalkan,hu2.. Wsalam..
7 comments:
salam,
like it..
terima kasih..
=)
syukrn..semoga hati kita bersih dr karat2 jahiliah..insyaALLAH,,
kalau sudi komen la entry saya..
alhamdulillah
yg last tu memang berkesan..tambah2 kalau ingat pasal azab Allah..memang menakutkan..adoiii
Jom Join Contest: Bila Blogger Bercuti!
@mak su, sama2 :)
@salwa, same2 jgak :)
@ZiErWa zAiNaL ,insyaallah...amin...
@fitrihadi, yep...tkot igt azab...
Post a Comment