Dec 6, 2010

Google Chrome Extansion | Screen Capture & Webpage Screenshot. Cara Printscreen Web/ Blog


Assalamualaikum. Semalam aku ade punggah blog abang macho kita mrpiratz dan pakcik google,  lepas tu ade terjumpa beberapa chrome extension untuk browser google chrome yang agak menarik iaitu Screen Capture & Webpage Screenshot. Sebelum ni aku selalu tengok blogger buat tutorial Cara Print Screen penuh tapi untuk browser "Musang Berapi", jadi sape yang menggunakan google chrome boleh cuba extension ni.

Actually extension yang aku nak terangkan ni ada banyak pilihan kegunaannya dan bukan sekadar print screen penuh, so aku terangkan semua. Kalau di Mozila Firefox kita kenal add on, kalau kat google chrome pula kira extension la. Baiklah, ada dua extension yang boleh korang cuba untuk print screen pada web atau blog.

1. Screen Capture (developed by google)


Untuk chorme extension yang ini, selepas korang print screen, korang boleh mengedit gambar dengan kemudahan yang telah disediakan seperti highlight pada gambar, redact (blurkan gambar dll), meletakkan tulisan, dan meletakkan garis mengikut kesukaan pengguna. Hasil tangkapan screen akan disimpan dalam format png. Terdapat 3 jenis pilihan screenshot yang ada.

Selepas Screenshot diambil, boleh edit then save.


a. Capture Visible Content
Jika korang pilih mode ni, screenshot yang akan korang dapat adalah semua yang terpapar di browser korang. Maknanya, mode ini tidak akan capture penuh blog atau web tetapi hanya yang terpapar di browser. Faham? hehe.

b. Capture Region
Mode yang ni pulak sempoi sikit. Korang boleh tentukan besar mana korang nak capture, kat mana korang nak capture. Maknanya korang boleh printscreen kat mana- mana sahaja di browser mengikut kesukaan korang.

c. Capture Whole Page
Mode yang ini pula kalau korang nak printscreen penuh, klik je, huhu.

Chrome Extansion ni boleh dapatkan di [Screen Capture]

2.Webpage Screenshot (didevelop oleh Amina)




Extansion yang ini pula lebih kurang sama je dengan yang atas, cuma perbezaannya ialah extansion yang ini tidak mempunyai mode capture region (rujuk 1[b]) iaitu capture di mana2 sesuka hati korang. Selepas korang screenshotkan web atau blog, korang boleh edit screenshot tersebut menggunakan beberapa fungsi yang telah disediakan sebelum disimpan dalam format png. Webpage screenshot juga mempunyai 3 jenis penggunaan.

 Boleh edit, then save dan kalau nak share kat laman sosial pon boleh!!

a. Visible Screenshot
Jika korang pilih mode ni, screenshot yang akan korang dapat adalah semua yang terpapar di browser korang. Maknanya, mode ini tidak akan capture penuh blog atau web tetapi hanya yang terpapar di browser. Sama seperti 1[a].

b. All Page Screenshot
Screenshot penuh.

c. Edit Content (BETA)
Yang ni menarik juga, korang boleh mengedit web, blog, atau apa- apa page di internet mengikut kesukaan. Fungsi ni lebih kurang sama seperti Add on Firebug di Mozila Firefox. Best kan? huhu Contoh edit kat gambar bawah.

Tak sabar nak cashout, hoho!
Chrome extension ni boleh dapat di [Webpage Screenshot]

So, itulah dua google chrome extansion yang korang boleh guna untuk screenshot atau capture atau print screen blog, web atau sebagainya dengan mudah sekali! Kalau nak print screen, nak print screen penuh pon boleh, tak penuh pon boleh, ikut suka hati pon boleh. Pastu kalau nak edit, sebelum save dalam komputer, edit je dulu, tak payah nak paste dalam paint segala benda, huhu. Harap info ni berguna untuk semua! Assalamualaikum.

P/S: Salam Maal Hijrah kepada semua :) dan selamat tahun baru..

9 comments:

syahrilhafiz said...

wow..aku pakai shutter je
tapi bagus gak extension ni sebab boleh amik whole pages

nas said...

thx 4 ur info....aku nk try la..sbb aku cuma gne chrome jerk..hehee

Ckin Kembaq said...

chrome laju..hehe

hans said...

wow
senang nak captured ekk
dapat semua

P/S : 5 Gaya Rambut Mengikut Zaman

rockinsudu said...

yup. mudah je. ak mmg gune yg 1st tu.
xyah nyusah nk ctrl+prtcSc haha

Fina Fento said...

pernah guna extension tu. tp dah buang. suka crashed :|

Panduan Buah Pinggang Sihat said...

Oh,rupa-rupanya dipanggil print screen page.Baru aku tau lepas baca entri ni.

Anwar Naim said...

@syahrilhafiz,
ha ah, boleh gna mcm funtion firebug lagi..

@nas,
huhu..aku pon sama..

@Ckin Kembaq,
hehe..btul3!

@hans,
yep..

@rockinsudu,
hoho..
pastu x yah nak paste kt paint segala..save trus ke komputer..

@fina fento,
owh, yeke..tapi kekadang memang gelong pon benda ni, huhu..

@Panduan Buah Pinggang,
hoho, banyak panggilan dia..
sat tu sat ini aq ckp..

Anonymous said...

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David