Dec 31, 2010

Realiti Atau Maya


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap- harap anda semua dalam keadaan yang sihat- sihat sahaja. Cuti sekolah korang apecer? (budak sekolah jela) Enjoy ke stady? huhu. Aku enjoy je, ntah ape- ape kan, dah la tahun depan SPM. Nasib baik la mak ayah hantar tuisyen, ada gak pengisian dalam cuti sekolah ni, kalau tidak hampehs~

2 Januari ni pun aku akan masuk asrama kembali. Wohoho. Gud bai blog. Sayang pulak aku nak tinggal blog ni camtu je, tapi ini azam aku. Aku nak stop la berblogging ni. Kalau nak sambung pun lepas SPM nun. Harap- harap la azam aku ni tak jadi taik ayam padu. Doakan aku erk!

Entry ni dikarang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada korang semua, hoho. Setelah sekian lama aku me'relaks'kan diri kat alam maya ni. Sekarang tibalah masanya aku bertukus lumus di dunia realitiku. Perjuangan baru saja bermula. CEH! Ayat tak buleh blah kan, orang lain dah lama berjuang aku baru ja nak start.

Ape- ape pon aku nak mintak maaf kat korang kalau aku ada buat salah, tersilap cakap sampai korang sakit hati dengan aku, terpukul, tersepak, terterajang semua aku mintak maaf. Kalau ada hutang halalkan je la no, kalau tak nak halalkan mai tuntut. Minta maaf kat sesape yang tag saya tu macam kaknorhayati, hadi, hans dll, saya mintak maaf sangat- sangat, masa tak mengizinkan untuk saya  menjawab, sekarang ni pun banyak benda yang saya nak kena prepare untuk sekolah nanti.

Jadi, doakan aku, hehe. Dan aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua! n_n Semoga ketemu lagi ya! Assalamualaikum WBT.

20 comments:

Afizz said...

Selamat meneruskan perjuangan ya. Tahun depan aku pon nak kurangkan sikit berblogging ni.

Cuak aku , tahun depan dah nak amik SPM... tidaakkkk!!!!!!

Cahayamylife said...

Ala..
Kalau macam tu,
kene cari orang baru la untuk ditag.
hee~
btw, All the best ye

titirara said...

Wah . kite pun same nk kurang kan blogging sbb thun dpn pmr . wuuuu , tkot :)

ftrhd said...

lorhh masuk asrama..ingatkan duk umah..erm blaja elok2 bro.. moga success dalam idup :)

ANISRAHIM said...

haah..study hard n study smart..cewah2...hehe

Unknown said...

Sama la kita tahun dpan pmr ...but aku x stay asrama...mungkin bulan 6 msuk asrama....

Entri Terbaru :
Blogger tanpa blogwalking = empty

hans said...

selamat masuk asram

selamat tahun baru
moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

P/S : Lepak Dengan Kawan - Kawanku Sempena Tahun Baru

pipoq said...

bye bye..ahahaha...

set otak tu ingat buku je beb. lupakan dunia blog seketika takpe.

semoga berjaya menempuh pelajaran.

Afendi Othman said...

belajar sungguh2 ya...

hans said...

selamat bersekolah

P/S : Contest Dari Proton! Menangi Hadiah Percutian Ke Monte Carlo Monaco!

Wan Gerrard said...

good luck SPM nanti ^_^

Ali ridha said...

blog ni mesti akan jadi sunyi.

1.1.11 11:11 pagi Dimana Ali ridha?

Rahsia Buah Pinggang Sihat said...

Biasalah bro,setiap yang mula ada akhirnya.Setiap pertemuan akan ada perpisahan.Semoga berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Mr.TN_SkY said...

Oic..mude lagi eh? tpi sudah otai dlm blogging hehe...gud luck in SPM k..hehe.:-)

Nas said...

aik??? stop??? xyah la stop.. kurangkan je.. aku ni kat universiti lagi byk cabaran...
cuma aku still berblog...cuma kurangkan...slps terima nasihat :)

Amir Izzat said...

salam bro!! ko bila nak update? hari2 aku tunggu.... huhuuhu..cuti ni..xkan la tak blogging????? sekeh kan.....hahahaha

mesticun said...

cuti sabtu dan ahad boleh kot berblog.

# # mark zuckerberg berjumpa kembar jesse eisenberg !# #

Zida said...

HAHA rilek sudaaaaa XD

Zida said...

HAHA rilek sudaaaaa XD

Azhar said...

selamnat berjaya dimasa hadapan.



Ikuti saya di---

http://azharissue.blogspot.com/

AQ NaiM